Ahad, 9 Oktober 2011

1 BULAN LAGI SY MAHU EXAM




( Di ats ialah contoh lesen kekompetan 
elektrikal )
bende ni yg aq mahukan




assalamualaikum...smua, di harap para pembaca smua dalam keadaan sihat sejahtera...hehe
sudah lme rasenye  tidak  menulis,so agk perlahan juga la bila berhadapan dgn keyboard...he2
so aq jrang nk update2 blog sbnarnye....kebanyakan drpdnye just copy sahaja, disebabkan aq jarang on9.
so skung pn di tempat stdy aq sbuk dgn projek2...final exam .macam2 la,sampai koyak mental aq ni...huh(deruan malas)

so untuk blan tahun ini adalah thun terakhir aq stdy di melaka,so aq akan membuat kn yg terbaik utk dri aq n kawan2 seperjuangan dgn aq.klau bleh biarlah hanya tinggl kenangan yg terindah di sini. di mana pada hjung blan 11 aq akan menghadapi final exam untuk amali aq pw4 dan selepas itu aq akan terus di oral oleh 3 orng panel dari negeri yg berbeza tntg pengetahuan aq trhadap elektrik. so di harap kawan2 akan memberi yg terbaik untuk exam...kali ni. aq sbnrnye ingin smua rakan2ku serta aq akan lulus dgn cemerlangnye. so lps ni mungkin mungkin aq akn serius ble masuk klas....x mcm dlu2 msuk kelas asik ketawa je....mcm x nk blaja ade gk la. ble pkir2 lme2 aq ni bkn nye pandai sgt pn,x kn aq x nk jd yg terbaik dri terbaik?....so lpas drpd2 aq trus berjuang dan terus berjuang...he2....bnyak harapan telah dberikan pada aq,kluarga aq pn bnyk memberi dorongn supaya aq berjaya...insyaallah

so dlm mse 2 blan aq mungkin tidak menulis blog ,dsebabkn kesibukan exam aq..ok...sekian...


so akhir kate
"KEHIDUPAN IBARAT BERMAIN CATUR(chess),SIAPA DAPAT MELIHAT JAUH KEHADAPAN DAN MENGANALISIS TAKTIKAL DAN TEKNIKAL DIA AKAN MEMENANGI PERLAWANAN."

WASSALLAM...

Ahad, 2 Oktober 2011

10 PENYAKIT MENGHALANG KEJAYAAN



10 penyakit tersebut adalah:

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
 

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu”siapa” Bukan”apa” penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari “apa” penyebabnya, bukan “siapa”. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,” Adik itu yang salah”, atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.
 

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
 

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.”Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh”. Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai “improper guilty feeling”. Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa “inferior”, kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.
 



3. TIDAK PUNYA CITA-CITA
 

Kita sering asyik dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau “GOAL” kita hanya untuk “FUN”, bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.
 

4. MEMPUNYAI CITA-CITA, TAPI SALAH MENCAPAINYA
 

Biasanya dialami oleh orang yang tidak “teachable”. Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.
 

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
 

Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, “real success”, kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.
 

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
 

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.
 

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
 

Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.
 

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
 

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.
 

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
 

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimakan sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. “Waktu” itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.
 

10. MUDAH PUAS HATI DIRI DENGAN KEJAYAAN
 

Biasa disebut “Pseudo Success Syndrome”. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: “Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar”. Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan kejayaan-kejayaan yang kecil, kerana kita akan terlepas sasaran yang besar, sasaran yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.
 

Bersama2 lah kita cuba mencegah dan mengubati 10 penyakit ini agar kita mencapai apa yang kita citakan di dunia dan akhirat….amin