Khamis, 6 September 2012

KESAH SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI YANG POWER


Dari meja yang selalu mendatangkan ilham untuk menulis

Sebenarnya 2 hari lepas aku  pulang ke kampong halaman, yela klau dh cuty blik kampong sedap juga ni. Sebelum pulang tu aku dah dapat agak dah yang hujan akan turun dengan lebat dan suasana jalan raya pasti  havoc. Tapi aku berfikir sejenak lalu berkata-kata dalam hati “aku rase balik kampong waktu hujan ni cantek juga ni” lagipula aku balik kampong menunggang motosikal. Bila lagi nak test baju hujan yang power kalau bukan pada hari hujan.

Seusai besiap-siap dengan cirri-ciri keselamatan jalan raya yang dipatuhi serta kelengkapan baju hujan yang power, lalu aku terus ke motosikal lalu beredar dari rumah sewa. Selepas hampir lima minit menunggang, aku terasa gegaran pada halaman kocek seluar aku. Aku dapat rasakan yang gegaran pada kocek seluar ni adalah gegaran rezeki nak masuk. Lagi-lagi pula kene dengan waktu hujan ni kan. Aku buka inbox pada cell phone lalau membaca dengan keadaan yang tenang. “woi dating kedai amik duit dulu” kata salah seorang member aku yang bernama jonet. Aku hanya membalas “ok” sahaja.

Seusai mengambil duit, aku dan jonet melepak sambil minum beberapa teguk air sirap kancil dan berbual tentang pasukan bola sepak yang power seperti arsenal, Liverpool, m.u tidak terlupa juga liga bola sepak Malaysia. Lalu aku meminta diri untuk beredar kerana hampir 30 minit aku berborak. Lagipula cuaca sedang bertarung dengan semangat yang mereka miliki untuk hujan. Aku menunggang motosikal dalam keadaan hujan yang lebat. Mujur baju hujan aku pakai jenis power juga la dan masih belum ada air yang dapat menembusi. Tapi dalam keadaan menunggang itu aku masih lagi boleh berfikir sejenak dan berbisik dalam hati “ aku pikir kalau visors helmet ni ade viper macam kereta cantik juga ni” kalau orang jepun dan abang-abang K-POP tak dapat nak buat, aku ingat nak tempah je pada Zulkifli Haron. Ko kenal tak ni sape zulkifli haron kalau tak kenal sah la ko orang bukan peminat tegar subjek kemahiran hidup. Kah..kah..kah...
kalau tak kenal juga pergi tanya lebai goggle...
Sampai sahaja di rumah 4 bende je aku buat.
Gus tengah bertarung main x box 360

1-mandi
2-off cell phone
3-main XBOX 360, gua tak abis main lagi game perang battlefield 3
4-tidur


            Pukul 7 pagi aku dah dengar suara ibu aku suruh bangun. Tapi aku masih lagi termenung melihat kipas yang berputar dengan lajunya. Adik aku yang laki masuk bilik lalu meminta tolong untuk hantar die ke sekolah. Aku tanpa membuang masa terus bersiap-siap dengan persiapan ala Daniel Craig yang baru bgun tidur dalam watak james bond. Aku start enjin kereta lalu menghantar adik aku ke sekolah. Sampai di luar pagar sekolah ade juga aku Tanya hal ehwal subjek Pendidikan Jasmani pada adik laki aku, tapi tu la semangat sokan pada jiwa cikgu sekarang dah berkurang.
           
            Desebabkan semasa scene sekolah dulu, aku ni seorang budak alternatif dan mengambil subjek Sains Sokan serta Geografi di sekolah. Maka “ape barang budak peminat hardcore dan suka mendengan lagu Sarjan Hassan nak amik subjek fizik, dan add math.” Tak power betul nanti. Waktu sekolah aku dulu subjek Pendidikan Jasmani ni ajar dengan serius. Biasela kelas pon aliran Sains Sokan. Die punya serius 2 sampai tahap boleh amik freekick macam Beckham. Tapi pada mulanya aku tak ambil berat sangat subjek Pendidikan Jasmani. Tapi desebabkan kesedaran rakyat Malaysia yang rendah terhadap subjek kesukanan ni aku tekad untuk ambil serius. Tapi tahap serius aku tak de la sampai ke tahap patriotic bila hal eh wal sokan, cukup la sekadar hubungan kacip2 dengan cikgu-cikgu Pendidikan Jasmani.

            Tapi yang penting, setelah tamat persekolahan aku mesti melepak warong depan sekolah tu. Lepak pula sambil makan keropok lekor. Die punya sos keropok lekor memang power la. Tapi itulah die orang melayu ni, kalau sedap dan laku mesti ade muncul suara-suara yang berbisik sos die guna jampi 2, sos die guna benda2 la. Amende ntah aku pon x pham sikap2 macam ni.
           
            Subjek Pendididkan Jasmani diajar dengan smart dan cool di sekolah aku. Segala jenis skill bersokan seperti menendang bola dengan power, cara memegang raket ala Lin Dan, cara memegang raket squash ala Nicol An David, cara menimbang bola yang power, cara melibas bola takraw dan juga cara menjatuhkan pihak lawan dalam kotak penalty semuanya diajar. Cara memaki pengadil, membuat hubungan dengan kasi no telefon pada makwe-makwe kelas fizik dan cara mengorat makwe koperasi memang cikgu Pendidikan Jasmani tak ajar. Yang ni kene belajar sendiri pada subjek kemahiran hidup.
           
            Masa tu tahap respect aku memang tinggi pada  cikgu subjek pendidikan jasmani. Mane tak nye lagipula kita orang budak-budak alternative yang mengambil subjek Sains Sokan. Tapi itulah orang kita bila kita respect tinggi-tinggi ade je suara-suara cakap ni budak ni kuat kipas la, hisap lebih la nk markah power. Amende ntah gua memang tak paham betul sikap macam ni.
           
            Sekarang ni aku tenguk budak2 dah tak de lagi rasa respect pada cikgu Pendidikan Jasmani. Salah satunya sebabnya ialah cikgu pendidikan jasmani pon task respect diri die orang sendiri. Ada ke patut pakai baju kurung atau kemeja lepak tepi padang dengan siap bawak payong lagi tu. Lepas tu biarkan budak-budak main bola. Macam mana Malaysia nak layakkan diri Olimpik Brazil dalam sukan bolo sepak? Nak harapkan piala dunia memang susah la.

            Maka, pada hari subjek pendidikan jasmani kita orang ada test menimbang nola hoki menggunakan stick hoki. Test die mudah je, sape dapat timbang bola hoki sebanyak 20 kali menggunakan kayu hoki dapat 20 markah. Lagi pula terma dan syarat pon power. Boleh timbang semasa berlari, semasa tengah mengorat makwe dan juga semasa kene kejar dengan cikgu displin akibat tingkap pecah kene bola hoki.

            Maka setelah selesai perbincangan, kita orang pon buat test. Disebabkan keadaan yang gugup dan cuak tahap nk terkencing dengan test itu, maka tak ada siapa nak test dulu. Secara tiba-tiba ade sorang kawan kelas aku name die razi budak2 kelas Sokan panggil die aji. Sampai sekarang aku pikir kat mne ntah aji die 2. Dia jadi penghulu dikalangan budak kelas sains Sokan. Tugas penghulu paling power suruh anak-anak buah tidor semasa guru besar sedang berucap.
            Aji keluar dengan cool dan steady. Dia melambung bola hoki lalu menimbang bola hoki menggunakan stick hoki.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10-20
            Hari itu pertama kali aku tengok orang timbang bola hoki sambil berlari anak sampai 20 kali. Aku hanya geleng kepala dan tepuk tangan tanda kagum.

            Sejak pada hari itu, razi telah berpindah ke sekolah lain. Lalu aku dan rakan-rakan belum jumpa orang hendak menggantikan jawatan penghulu dalam kalangan  budak-budak Sains Sokan.