Isnin, 31 Disember 2012

2013 HANYA SEBUAH TAHUN



Ya kita di tahun 2013.

Kita masih lagi di mejalani attitude kehidupan di tahun 2012.
Yang mana masih berkerja teruskan bekerja.
Yang mana masih belajar teruskan menyambung pelajaran.
Yang mane nak berkahwin teruskan mengumpul duit dengan secukupnya.
Yang mane tengah bercinta teruskan mengekalkan hubungan.
Yang mane makan nasik ketika lapar masih lagi mencari nasik untuk dimakan.
Begitula hari-hari mendatang untuk setiap orang.



Tiada apa yang berbeza melainkan kehidupan teruk di kawal oleh system-sistem kapitalis.
Tiada apa yang mudah melainkan kita berusaha hingga gigih.
Tiada apa yang mustahil jika kita mampu berfikir di luar pemikiran orang lain.
Tiada apa yang susah jika kita yang menyusahkan diri kita.
Tiada apa yang berubah jika kita tidak mangubah diri kita ke 1 tahap yang memberangsangkan.



Seperti itulah juga sebuah mesin jika ia rosak ia dibaiki oleh manusia.
Jika ia tidak boleh dibaiki mungkin ia akan di jadikan besi buruk untuk di jual.
Kita masih beruntung kerana kita bukan sebuah mesin yang ditekan-tekan untuk beroperasi.
Walaupon kita bukan sebuah mesin tapi minda kita sudah beroperasi seperti mesin-mesin.
Kita sebenarnya sebuah robot tapi cuma kita sudah berovolusi.



Kehidupan di tahun 2012 masih lagi kita teruskan yang berubah hanyalah tahun yang lain tiada apa yang berbeza. Harapan gua untuk tahun 2013 tidaklah tinggi seperti datok2 yang selalu berperangai kebudak-budakkan di parlimen. Taktala hanya bercakap-cakap sahaja.



Gua masih lagi tidak memakai smartphone dan terus menggukan telefon yang hanya mampu dibuat panggilan masuk dan keluar serta beberapa keping SMS kepada rakan-rakan. Taktala ketika 98% member2 gua sudah berivolusi menggunakan talifon pintar jika hendak ke mana-mana. Masing hanya sibuk menggunakan facebook, twitter dan pelbagai applikasi dalam telefon pintar. Ia telefon juga sudah mencapai tahap revolusinya dan akan datang kita juga akan berevolusi dari segi pemikiran.



Gua masih lagi tidak mempunyai makwe taktala member-member gua semua berada situasi kehidupan dikawal erat alam percintaan. Percintaan itu tidak mengarut yang mengarut hanyalah diri kita yang tidak menghargainya. Ada juga yang sudah melepasi alam perkahwinan, ade juga yang sudah melepasi alam percintaan dan ade juga sudah merancang untuk pergi lebih jauh. Itulah serba sedikit tentang kehidupan dalam percintaan. Dimana kita Cuma merancang yang maha esa akan menentukan.



Untuk tahun 2013 ni harapan gua tak la tinggi mane, Cuma sedikit art dalam kehidupan.
Gua berharapan dapat mengekalkan tahap keremajaan rambut sehingga paras bahu.
Gua berharapan sultan bolo dah boleh berundur la untuk memajukan bola sepak.
Gua berharapan Liverpool di ambang peningkatan.
Gua berharapan perasaan dingin gua terhadap team Man Utd masih diteruskan.
Gua berharapan mempunyai makwe yang memahami jika gua berambut panjang.
Gua berharapan untuk meneruskan legasi penulisan blogger.
Gua berharapan agar Malaysia lebih bersih dari segala aspek.

Gua amat bersyukur sangat kerana gua telah melepasi kegidupan 1990 hinggalah sekarang. Inilah yang dinamakan rezeki....



Kita semua mesti ingat bahawasanya tiada apa yang berubah hanya kalendar saja yang baru.

Khamis, 27 Disember 2012

SISTEM ITU UNTUK.......



Di pagi yang boring itu, aku cuba menghilang perasaan boring pagi dengan berpusing di sekitar plant dan juga menghisap rokok di celah2 pelan yang sempit. Walaupon ianya satu kesalahan, ia juga salah satu bende untuk menghilangkan boring.
Di dalam dilema boring itu, aku cuba bermain telefon cellular dengan menghantar pesanan kepada rakanku di bahagian lain.

“ko buat pe, dah tak reti nak lepak atas ke?”

“aku ondeway ni” pesanan di balas rakan

Setibanya di atas, member aku telah sound awal-awal walupon langkahnya lagi 5 meter hendak sampai ke arahku.

“woi petang ni ade latihan keselamatan& kecemasan ko jangan lambat pulak” nanti bising pulak si safety officer tu.”

“yela-yela” jawab aku acuh tak acuh


##########

Setibanya  waktu petang, alarm dari merata tempat berbunyi dengan perlahan dan ada juga dari mereka yang tidak mendengar disebabkan alarm tak keluar lagu Metallica mahupon lagi siti. Engineer2 dan pekerja-pekerja dari pelbagai department tersipu-sipu berlari  anak ke tempat berkumpul. Aku masih lagi berjalan dengan perlahan walaupon tanah air melihat dengan cemburu.

“woi2 ko yang berambut panjang tu sini” panggil salah seorang budak sefety ni

“pehal lambat ko ni berjalan dah macam pe la...” sound budak tu kat aku

Aku tenang je menjawab 
 “ni panggil-panggil ni ade mende. Aku nak makan nasik pon tak senang la”


Tiba-tiba datang salah seorang dari mereka ke arahku lalu cuba bermain kasar “ ko ni dah la rambut panjang macam tak de mase depan , datang pulak lambat lepas tu nak berdalih2 pulak.

Aku jawab dengan tenang sebagai tanda aku menghormati beliau walaupon masyarakat melihat dengan cemburu tindakan steady aku.

“sebenarye kita ni hidup, bukan untuk mendiskriminasikan bidang pekerjaan dan juga hal ehwah penampilan rambut. Kalau rambut panjang tak boleh kerja ke? Abistu kenapa kt negara2 luar depa tak kesah pon rambut panjang kalau berkerjaya.” Yang penting sebenarnye hati dan perasaan jeee....”
“ape guna klau perwatakkan smart lepas tu tak pandai buat keje dan tak minat”

Dengan nada yang tidak puas hati terhadap aku, sekali lagi die bermain kasar 

“dah tu kenapa ko lambat?”...........


Aku jawap dengan penuh steady dan ayat tesusun 

“ sebenarnye ni bukan masalah lambat, ni sebenarnye MASALAH SISTEM YANG TERABUR. Kalau kita letak barang berterabor agak2 lambat ke cepat nk jumpe barang tu?.  “same la macam sistem yang kita guna pakai".

Beliau hanya senyap dan beredar setelah aku abis berbahas.

Nampaknya keadaan menjadi seperti sediakala, hanya sistem sahaja yang mengubah keadaan...



Jumaat, 14 Disember 2012

MALAYSIA, BOLA SEPAK DAN KEKALAHAN

YE  semalam malaysia kalah bola.
salah siapa malaysia kalah, salah reff ke....
ke salah pemain yang tak reti control game walaupon bermain dengan 10 orang?
semalam aku menonton perlawanan malaysia, tapi selepas masuk 2nd half aku befikir .
Pemain bola yang power bergerak ke padang guna otak dan akal yang dikurniakan. Bila bola di kaki, kita perlu  memperdaya atau mempermainkan pihak lawan. Bila agaknya pemain bola sepak terutamanya team bolo malaysia mampu bergerak di padang dengan otak dan akal fikiran  melalui bola di kakinya...?

Sebenarnye kalah bola ni ade 2 jenis. Yang pertama kalah nasib macam liverpool, yang ke 2 kalah main macam bangang.

Malaysia semalam kalah elelelele.Dah lah kalah , main macam bangang......

Ahad, 9 Disember 2012

CRYING CULTURE





Sesekali layan tengok drama melayu ni sedap jugek. Gua sebenarnya dah lama tak layan scene  menonton drama time senja. sejak waktu solat maghrib dan isyak masuk awal sekarang ni, hubungan dengan tv  dah tak berapa kacip sebenarnye.

Sebenarnye gini, semalam ade drama tentang peperiksaan tak kesah la UPSR,PMR atau SPM keluar. masa gua budak-budak hingusan  lagi UPSR ni dah ada. selama 6 tahun belajar di sekolah rendah  berasrama kt petasih N.Sembilan maka UPSR lah penentu kehidupan budak selepas masuk alam keremajaan. Time-time nak periksa UPSR-lah bermulanya era nak mengorat atau usha makwe sebenarnye.

banyak tahun dah aku usha adegan budak-budak  menangis  sebab dapat 5A. Then lepas tu budak menangis masa dapat 8A dan seterusnya budak terus menangis bila dapat 10A1. Ntah sampai bila budaya menangis ni nak diteruskan pon gua tak tau. Naik boring jugek sebenarnye peghati scene menangis2 bila berjaya.

kat mane kita belajar budaya menangis ni? kenapa orang cerdik,pandai,bijak mesti menangis? kenapa tv1, tv3 dan segala siaran tv tunjuk budak-budak menangis. Kenapa tak tunjuk pemimpin yang makan duit rakyat dan rakyat tu menangis.  Tidakkah orang-orang luar gelak kat kita nanti bila tengok budak-budak ni menangis?

Jadi semalam aku tengah pikir sama ada nak turut menangis atau terus gelak. bukan apa, sekarang ni bersepah budak U berijazah tak dapat kerja. ada radio tv tunjuk diaorang menangis tak?
Seperti yang kita tahu la, scene menangis ni  sebenarnye dalam kategori power jugak, klau tak power tak kan la sampai menangis pon boleh masuk tv.
Lagi-lagi pula sekarang ni tengah musim bola piala AFF suzuki . Ntah malaysia menang atau kalah  pasti ade penyokong2 ,peminat2, ultras2 malaya yang menanagis. Gua sebenarnye peghati  Scene ultras malaya ni kadang2 ntah pebende ntah. Bila malaysia menang bukan main suka+nangis lagi 2 bersorak-sorak.Ni tang malaysia kalah bukan main lagi maki hamunnye, siap ade lagu lagi nak maki ni. Boleh tahan power jugek la.
Tak best betul jadi ultras malaya ni, baik jadi penyokong Liverpool kalah ,menang atau seri relex je.Semua orang sibuk pasal malaysia seri dan man utd menang...liverpool menang tenang je, x kecoh2.

COME ON REDS, KEEP CALM AND TRY YOUR HEADER......