Isnin, 21 Oktober 2013

PARAS RUPA BUKAN SATU MASALAH EPISODE 1



Setelah selesai kerja-kerja dikilang, aku pulang ke kampung halaman dengan beberapa tujuan. Aku mengemas beberapa barang ke dalam bag untuk dibawa pulang ke kampung. Paling penting engko perlu bersedia dalam apa jua situasi semasa menunggang kenderaan semasa pulang. Bukan sekadar membuang sampar luar dari tingkap kederaan ianya lebih dari itu.


Seusai sampai ke kampung halaman aku berehat di sebuah pondok usang di halaman rumah.Hembusan  angin yang berderai membuatkan aku terasa mengantuk  lalu membuka pakaian kerjaku untuk baring di bahagian hujung pondok tersebut. Keadaan sebegini membuatkan aku terlena sebentar di pondok itu. Tiba-tiba..................


“Along-along mak tak masak ni engko pandai-pandai la cari makan sendiri, mak nak pergi jemputan kahwin ni” teriak emakku. Seketika itu aku mengeluarkan sebuah telefon pintar  versi apple lalu mendail number kawan wanitaku.


“Hani N apakate temankan saya keluar sekejap. Lagipon saya nak cari baju dan sudah beberapa bulan ni saya asik membeli blueray PS3 untuk bermain game di rumah.” Ujarku dalam telefon pintar.


“Ok tunggu saya siap-siap dalam masa 30 minit, sebab saya nak mandi, mekap, sikat rambut.”.........belum sempat rakan wanitaku menghabiskan perbualan aku sudah matikan telefon pintar. Aku rasa seperti membuang masa dan kredit bila semua hal nak kene cakap dekat telefon. Siap-siap sudah laa.

*****

Jam 1.30 tengah hari aku sudah datang menjemput kawan wanitaku. Perjalanan kami begitu senyap dan tanpa ade rasa syak wasangkan antara satu sama lain. Ini yang dinamakan kepercayaan peribadi dalam sebuah kenderaan. Di satu simpang tiga kawanku menegur  “kita nak kemana ni awak?” aku Cuma memberitahu lagi 5 kilometer kita sampai ke tempat yang aku nak tuju tu. Selepas satu pertanyaan keadaan kembali tenang seperti biase.


“laaa kat sini ke kita nak pergi, saya ingatkan kt mane la tadi.” Rakan wanita ku bersuara. Aku terus ke pusat membeli belah lalu menyuruh rakan wanita ku menyimpan tiket parking. Didalam aku hanya ke subuah kedai pakaian lalu memilih baju yang aku ingin beli. Aku menyuruh rakan wanitaku untuk memilihkan warna baju kerana wanita mempunyai expressi yang tinggi terhadap warna. Setelah selesai membeli aku keluar lalu bertanya kepada rakan wanita ku “ kalau awak nak carik barang, pergilah saya nak ke smoking area. Apa-apa hal nanti awak wassup saya” Ujarku. Die hanya menjawab “ok”......


Semasa saya menyedut asap pertama dari rokok, kepala saya agak penig sedikit. Ini mungkin akibat bahan nuklier  yang ada pada sebatang rokok. Setelah menghisap hingga ½ batang rokok saya padamkan lalu masuk semula ke dalam pusat membeli belah. Saya hanya duduk dan memendang sekeliling kawasan jika ada makcik or pakcik yang memerlukan pertolongan mungkin saya boleh membantu dalam keadaan  yang  memerlukan. Saya mengeluarkan telefon pintar pada kocek baju lalu menghantar pesanan kepada rakan wanita. Tidak sampai 1 minit beliau membalasnya dengan sedikit smiley pada hujung ayat. Ya wanita selalu alert bila terdengar bunyi,perkara begini memang tidak boleh dinafikan lagi. Keadaan ini seperti anda sedang memasak air di dapur rumah menggunakan cerek. Yang akan tutup gas semasa cerek berbunyi pastinya ibu/akak/adik perempuan anda.


Bukan tentang gas aku hendak ceritakan, Cuma sudah hampir 15 minit aku menunggu rakan wanitaku, tapi masih tidak kelihatan. Keadaan seperti ini kadang kala boleh membuat aku hendak membakar lagi 1 batang rokok. Belum sempat aku bakar 1 batang rokok, telefonku berdering. Dan ternyata dari rakan wanita ku.


“hai awak kat mane ni?” aku hanya jawab  “saya di tingkat atas ni di tempat pakaian dalam wanita.” Amacam steady tak aku. Rakan wanita ku hanya menjawab “nakalnye” aku terus matikan telefon pintar. Aku berjalan ke tempat dimana rakan wanita ku berada. Tiba-tiba aku terpandang satu pasangan kapel yang rancak berbual berbual di tepi eskelator.


Aku dan rakan wanita ku menghampiri pasangan tersebut lalu bertanya “hai ini makwe ko ke?” lelaki itu menjawab “ ya makwe saya.” Tanpa membuang masa aku salam lelaki tersebut tanda mengundurkan diri. Rakan wanita ku agak pelik dengan kelakuan aku. Lalu bertanya dengan steady tanpa syak wasangka pada diri sendiri.


“kenapa dengan awak ni,” aku hanya duduk disebuah bangku dan ditemani rakan wanitaku disebelah. “ sebenarnye saya agak pelik macammana pasangan tu boleh bercouple, sedangkan si lelaki muka dah la pecah reban, yang makwe pula punyalah lawa macam syila amzah.” Aku berbual sambil geleng kepala. Rakan wanita ku hanya tersenyum simpul. Walaupon aku masih lagi tak tenteram dengan kejadian sebentar tadi. Rakan wanita ku hanya bekata “ala dah rezeki die nak buat macamne, awak pon satu jugak hensem boleh la awak ni, rambut tu tolong la potong bagi kemas baru la nampak macam jejaka maskulin.


“ye nanti saya potong la”jawab aku. Aku rasa macam nak menangis je dengar bila rakan wanitaku sound aku bukan lelaki maskulin. Perkara-perkara begini memang aku akan mengambil berat, seberat masalah percintaan beberapa tahun lepas. Dalam keadan sedikit celaka aku masih steady duduk disebelah rakan wanitaku walaupon kami hanya seorang kawan. Rakan wanitaku hanya bermain telefon pintar. Aku masih lagi termenung mungkin memikirkan hal ehwal pasangan tadi.

*****

Setelah hampir petang kami keluar dan lalu ke kenderaan. Hari semakin gelap, burung-burung bertebangan pulang ke sarang masing. Sampai di satu kawasn gelap tiba-tiba.......
“woit woit woit!!!!  pehal tiba-tiba wangi ni, ade pontianak ke dalam kereta aku” jerit aku separuh suara. Bau wangian ini seperti  bau strawberry. Lantas rakan wanitaku bersuara “ ini bau minyak wangi saya la awak, apeelaa awakni nak menjerit pehal”


Setelah itu keadaan tenang dan rakan wanitaku mengambil kaset lagu Ahmad Jais lalu memasangnya. Lantas rakan wanita ku tegur  “dah la tak payah pikirkan sangat pasal kapel tadi, dah rezeki die kan.” Terus aku pasang lagu hidup bukan untuk derita.

*****

Setelah sampai  di rumah rakan wanita ku, aku membuka kan pintu kereta lalu die keluar dengan keadaan mengantuk. Sebelum rakan wanita ku masuk kerumah die secara tiba-tiba bersuara tanpa aku belum sempat ucap terima kasih padanya  “jangan lupa lagu ahmad jais, hidup bukan untuk derita.”

Peh peh peh!!!!!!....... rase macam nak menangis je pon adee ni, kene sound lagi sekali dengan member wanita. Tapi wangi betul bau strawberry ni, “ minyak wangi ape die pakai ni?”