Dah 3 bulan aku tak menulis kt blog ni, jaga-jaga semua
Pagi yang tenang taktala ayam2 berkokok di halaman rumah
serta bunyian kucing2 peliharaan toneng sibuk meminta makanan membuatkan toneng
bagun seawal pagi untuk menyirup udara segar. Di ruangtamu rumah televisen
sudah sedia terbuka memaparkan berita2 kempen pilihanraya yang havoc
mengalahkan kempen bolo sepak piala dunia.
Toneng bangun dari kerusi hadapan televisen lalu menyuarakan
kemarahannye pada kipas di siling rumah
“cilaka
betul siaran televisen sekarang tak abis2 dengan mandat kepala bapak die”
Toneng meneguk air teh
botol sosro buatan negara jiran dengan laju hingga menyebabkan beliau terbatuk2
“ cilaka betul teh ni, sedap smpai terbatuk aku minum” bisik toneng dalam hati.
Tanpa berfikir panjang toneng keluar ke rumah dengan berbaju
Sex Pistol tanpa lengan serta kain pelekat cap gajah malas. Di luar rumah
toneng memekik nama adiknye
“ pijoe2! Aku nak keluar rumah ni, nanti ko matikan
jela televisen yang tak abis-abis dengan kempen mandat kepala abah die. Kalau televisen
tu tak mati ko campak je la kt parit depan rumah lepastu pacak sekali bendera
Barisan yang orang kampung pasang tu nanti ramai la yang paham kita tanam
televisen”.
Pijoe hanya mengangguk tanda paham.
Toneng berjalan kaki sahaja keluar dari rumah untuk ke kedai
makcik Ropeah. Dalam hati toneng berbisik
“macam gampang jugek jalan raya kat kawasan kampng aku
ni,kempen bagai nak rak satu jalan raya pon tak leh baiki ke.” Dengan nada yang
kecewa toneng terus ke kedai makcik Ropeah.
“ kak ropeah, bagi saya roti kosong 3 kuah kasi banjir ribut
petir. Air bagi teh o kurang manis.”
Dalam keadaan Toneng sedang melahap roti, datang pula si Kimblong
member lame toneng mase study dulu kt ILP ( intitut Latihan Penjara) entah
betul ke tidak aku ungkapkan ni.
Mereka bersalam salaman serta berpelukkan kerana dah lame tak
berjumpa barangkali. Kimblong tanpa membuang masa terus order roti kosong 3
keping.
“ woi toneng lame tak dengar cerita ko buat ape sekarang?”
tegur kimblong
“aku mcmni la keje luar cuty aku balik kampung la.” Lagipon sekarang
musim pilihanraya ni aku amik job skit pacak bendera parti kah kah kah kah .”
toneng ketawa dengan nada yang menganjing
Kimblong terus mengajukan beberapa pertanyaan
“ cilaka jugek
ko ni balik kampung amik job pasang bendera. Buat duit rokok ke pasang bendera ni
kah kah kah
“mestila....... rokok canyon jee ni kah kah kah “
Sedang rancak mereka berbual, telefon pintar toneng berbunyi
dengan nada dering ntah ape celaka pon Kimblong tak paham.
“Woi Kimblong aku nak kene balik ni sidai baju, sekarang
musim hujan jugek petang2 bukan setakat musim hujan je ni, musim saka ribut
bendera pon same jugek.”
Toneng terus beredar tanpa membayar sesen pon. Perlakuan Toneng
itu membuatkan kimblong geleng kepala jugek.
Selepas menyidai pakaian di luar rumah, toneng terus ke ruang
tamu lalu menyandor badan ke kerusi malas hingga ke petang.
Telefon pintar yang berada di tepi bahu toneng berbunyi, dan
membuatkan tahap kesabaran toneng tiba-tiba hilang.
“woi2! Sape ni kacau betul aku nak tido, aku tengah sedap
mimpi pergi konsert metalica ko tau tak!”
“ni aku la kimblong, jom la pergi main bolo aku tunggu kt
padang sekolah ni.”
“ok2 nanti lagi 15 minit aku sampai”
Tanpa belengah lengah toneng terus bersiap2 untuk ke padang
bolo. Dalam perjalan ke padang bolo dengan menaiki basikal fixi. Toneng masih
ternampak pakcik2 di kedai makcik Ropeah sedang sibuk berbual ntah mende ntah.
Toneng dengan perasaan angkuh dan takbur terus pekik pada
pakcik2 yang sedang melepak kat kedai makcik Ropeah
“pakcik2!!! apa barang pakcik lepak2 kt kedai petang-petang ni
jom la main bolo pakcik main bolo. Majulah Sukan Untuk Negara.” pekik toneng di
akhir percakapannye.
Pakcik pakcik dikedai tadi terus geleng kepala melihat
gelagat toneng yang serba tak ubah macam orang tak de mase depan.
Setibanya di padang.............
cilaka aku ngantuk ni lain kali aku sambung lagi..........