Setelah selesai kerja-kerja dikilang, aku pulang ke
kampung halaman dengan beberapa tujuan. Aku mengemas beberapa barang ke dalam
bag untuk dibawa pulang ke kampung. Paling penting engko perlu bersedia dalam
apa jua situasi semasa menunggang kenderaan semasa pulang. Bukan sekadar
membuang sampar luar dari tingkap kederaan ianya lebih dari itu.
Seusai sampai ke kampung halaman aku berehat di sebuah
pondok usang di halaman rumah.Hembusan angin
yang berderai membuatkan aku terasa mengantuk
lalu membuka pakaian kerjaku untuk baring di bahagian hujung pondok
tersebut. Keadaan sebegini membuatkan aku terlena sebentar di pondok itu. Tiba-tiba..................
“Along-along mak tak masak ni engko pandai-pandai la
cari makan sendiri, mak nak pergi jemputan kahwin ni” teriak emakku. Seketika itu
aku mengeluarkan sebuah telefon pintar versi apple lalu mendail number kawan
wanitaku.
“Hani N apakate temankan saya keluar sekejap. Lagipon saya
nak cari baju dan sudah beberapa bulan ni saya asik membeli blueray PS3 untuk
bermain game di rumah.” Ujarku dalam telefon pintar.
“Ok tunggu saya siap-siap dalam masa 30 minit, sebab
saya nak mandi, mekap, sikat rambut.”.........belum sempat rakan wanitaku
menghabiskan perbualan aku sudah matikan telefon pintar. Aku rasa seperti
membuang masa dan kredit bila semua hal nak kene cakap dekat telefon. Siap-siap
sudah laa.
*****
Jam 1.30 tengah hari aku sudah datang menjemput kawan
wanitaku. Perjalanan kami begitu senyap dan tanpa ade rasa syak wasangkan
antara satu sama lain. Ini yang dinamakan kepercayaan peribadi dalam sebuah
kenderaan. Di satu simpang tiga kawanku menegur “kita nak kemana ni awak?” aku Cuma memberitahu
lagi 5 kilometer kita sampai ke tempat yang aku nak tuju tu. Selepas satu
pertanyaan keadaan kembali tenang seperti biase.
“laaa kat sini ke kita nak pergi, saya ingatkan kt
mane la tadi.” Rakan wanita ku bersuara. Aku terus ke pusat membeli belah lalu
menyuruh rakan wanita ku menyimpan tiket parking. Didalam aku hanya ke subuah
kedai pakaian lalu memilih baju yang aku ingin beli. Aku menyuruh rakan
wanitaku untuk memilihkan warna baju kerana wanita mempunyai expressi yang
tinggi terhadap warna. Setelah selesai membeli aku keluar lalu bertanya kepada
rakan wanita ku “ kalau awak nak carik barang, pergilah saya nak ke smoking
area. Apa-apa hal nanti awak wassup saya” Ujarku. Die hanya menjawab “ok”......
Semasa saya menyedut asap pertama dari rokok, kepala
saya agak penig sedikit. Ini mungkin akibat bahan nuklier yang ada pada sebatang rokok. Setelah menghisap
hingga ½ batang rokok saya padamkan lalu masuk semula ke dalam pusat membeli
belah. Saya hanya duduk dan memendang sekeliling kawasan jika ada makcik or
pakcik yang memerlukan pertolongan mungkin saya boleh membantu dalam
keadaan yang memerlukan. Saya mengeluarkan telefon pintar pada
kocek baju lalu menghantar pesanan kepada rakan wanita. Tidak sampai 1 minit
beliau membalasnya dengan sedikit smiley pada hujung ayat. Ya wanita selalu
alert bila terdengar bunyi,perkara begini memang tidak boleh dinafikan lagi. Keadaan
ini seperti anda sedang memasak air di dapur rumah menggunakan cerek. Yang akan
tutup gas semasa cerek berbunyi pastinya ibu/akak/adik perempuan anda.
Bukan tentang gas aku hendak ceritakan, Cuma sudah
hampir 15 minit aku menunggu rakan wanitaku, tapi masih tidak kelihatan. Keadaan
seperti ini kadang kala boleh membuat aku hendak membakar lagi 1 batang rokok. Belum
sempat aku bakar 1 batang rokok, telefonku berdering. Dan ternyata dari rakan
wanita ku.
“hai awak kat mane ni?” aku hanya jawab “saya di tingkat atas ni di tempat pakaian
dalam wanita.” Amacam steady tak aku. Rakan wanita ku hanya menjawab “nakalnye”
aku terus matikan telefon pintar. Aku berjalan ke tempat dimana rakan wanita ku
berada. Tiba-tiba aku terpandang satu pasangan kapel yang rancak berbual
berbual di tepi eskelator.
Aku dan rakan wanita ku menghampiri pasangan tersebut
lalu bertanya “hai ini makwe ko ke?” lelaki itu menjawab “ ya makwe saya.” Tanpa
membuang masa aku salam lelaki tersebut tanda mengundurkan diri. Rakan wanita
ku agak pelik dengan kelakuan aku. Lalu bertanya dengan steady tanpa syak
wasangka pada diri sendiri.
“kenapa dengan awak ni,” aku hanya duduk disebuah
bangku dan ditemani rakan wanitaku disebelah. “ sebenarnye saya agak pelik
macammana pasangan tu boleh bercouple, sedangkan si lelaki muka dah la pecah
reban, yang makwe pula punyalah lawa macam syila amzah.” Aku berbual sambil
geleng kepala. Rakan wanita ku hanya tersenyum simpul. Walaupon aku masih lagi
tak tenteram dengan kejadian sebentar tadi. Rakan wanita ku hanya bekata “ala
dah rezeki die nak buat macamne, awak pon satu jugak hensem boleh la awak ni,
rambut tu tolong la potong bagi kemas baru la nampak macam jejaka maskulin.
“ye nanti saya potong la”jawab aku. Aku rasa macam nak
menangis je dengar bila rakan wanitaku sound aku bukan lelaki maskulin. Perkara-perkara
begini memang aku akan mengambil berat, seberat masalah percintaan beberapa
tahun lepas. Dalam keadan sedikit celaka aku masih steady duduk disebelah rakan
wanitaku walaupon kami hanya seorang kawan. Rakan wanitaku hanya bermain
telefon pintar. Aku masih lagi termenung mungkin memikirkan hal ehwal pasangan
tadi.
*****
Setelah hampir petang kami keluar dan lalu ke
kenderaan. Hari semakin gelap, burung-burung bertebangan pulang ke sarang
masing. Sampai di satu kawasn gelap tiba-tiba.......
“woit woit woit!!!! pehal tiba-tiba wangi ni, ade pontianak ke
dalam kereta aku” jerit aku separuh suara. Bau wangian ini seperti bau strawberry. Lantas rakan wanitaku bersuara
“ ini bau minyak wangi saya la awak, apeelaa awakni nak menjerit pehal”
Setelah itu keadaan tenang dan rakan wanitaku
mengambil kaset lagu Ahmad Jais lalu memasangnya. Lantas rakan wanita ku tegur “dah la tak payah pikirkan sangat pasal kapel
tadi, dah rezeki die kan.” Terus aku pasang lagu hidup bukan untuk derita.
*****
Setelah sampai
di rumah rakan wanita ku, aku membuka kan pintu kereta lalu die keluar
dengan keadaan mengantuk. Sebelum rakan wanita ku masuk kerumah die secara
tiba-tiba bersuara tanpa aku belum sempat ucap terima kasih padanya “jangan lupa lagu ahmad jais, hidup bukan
untuk derita.”
Peh peh peh!!!!!!....... rase macam nak menangis je
pon adee ni, kene sound lagi sekali dengan member wanita. Tapi wangi betul bau
strawberry ni, “ minyak wangi ape die pakai ni?”