PENGARUH MUZIK DALAM KEHIDUPAN
Apakah muzik pilihan wanita ni? |
Apakah pandangan orang lain terhadap muzik yang anda dengar? Adakah rakan-rakan atau keluarga anda kisah tentang selera muzik anda? Menurut pandangan ahli psikologi kita boleh merungkaikan dengan kuat dan tepat mengenai personaliti seseorang terutamanya remaja menerusi muzik pilihan mereka.
Umumnya, muzik berperanan bukan sahaja sebagai pembentuk penampilan fizikal seseorang malah turut mempengaruhi inter-personal seorang individu itu. Lebih tepat, sebagai pengukir identiti.
Teori psikologi turut menyatakan muzik adalah markers yang merujuk kepada setiap karekter yang ada dalam personaliti seseorang. Hujah ini dikuatkan dengan kajian yang dijalankan. Kita dapat lihat, diet stabil muzik yang rancak menjadikan seseorang itu lincah, pendedahan berterusan kepada muzik klasikal pula membuatkan seseorang itu bijak.
Tidak dapat disangkal, biarpun anda seorang yang lincah, bijak pandai, gembira atau sedih akan mendapati diri anda tidak dapat lari dari muzik yang berkait rapat dengan siapa diri anda sebenarnya. Pemilihan muzik anda jika diperhatikan dengan betul, adalah sebagaimana pilihan anda dalam mencari pakaian, buku, filem, rakan atau sukan!
Apakah tanggapan aku terhadap muzik? Bagi aku muzik adalah sejenis tenaga yang dijadikan tuhan untuk santapan rohaniah. Muzik datang dari ilham semata-mata, maknanya salah satu nikmat hiburan yang dikurnia oleh tuhan. Desiran angin pun boleh jadi muzik bagi orang yang memahaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan