Kematian Osama – Permulaan kepada keamanan atau Kekacauan
Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi berita yang secara tak langsung melibatkan umat Islam…
Dalam kita disuap dengan cerita serangan cubaan bunuh keatas perdana Menteri Libya Muammar Gaddafi yang telah menyebabkan kematian anak lelaki bongsu dan juga cucunya, tiba tiba kita dikejutkan dengan kejayaan US dalam operasi untuk menamatkan nyawa Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang katanya telah maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.
Dan yang pasti mesti ramai yang bergembira dengan berita tersebut, ye mereka gembira dengan alasan akan berakhirnya segala keganasan yang terjadi sebelumni…
Yang pasti mereka telah silap sama sekali kerana pada aku, selagi benih keganasan sentiasa disemai oleh pihak yahudi dan sekutu sekutunya, selagi itulah pokok kebencian akan berakarumbi di bumi ini, jadi apa yang dikatakan kejayaan itu hanyalah satu kejayaan menamatkan riwayat Osama bin laden dan bukannya Al-Qaeda dan juga banyak lagi pertubuhan pertubuhan anti Israil dan barat yang lain.
Memang benar jika mereka katakan Osama itu merupakan tujang Al-Qaeda tapi Al-Qaeda bukan wujud kerana seorang Osama, tapi pastinya masih terdapat beribu ribu atau beratus ribu yang sanggup mengantikan tempat yang ditinggalkan Osama, bahkan mungkin akan muncul lagi serpihan serpihan lain seandainya Al-Qaeda akan terkubur…
Namun apa yang lebih menariknya ialah individu yang bakal mengantikan Osama, kerana pada aku New Born biasanya lebih agresif, kreatif, berani, panas baran, rajin dan macam macam lagi sifat yang jika digabungkan dapat melahirkan sesuatu hasil yang cukup untuk membuatkan akal tidak mahu membayangkannya.
Pastinya jika apa yang aku katakan itu menjadi kenyataan maka akan akan muncul la kejadian kejadi yang lebih buruk daripada apa yang terjadi pada 11 September, mungkin kejadian yang menimpa Indonesia boleh dijadikan sandaran dimana selepas kematian Nordin Mat Top kejadian pengeboman semakin bertambah…
Apakah ini sebenarnya bertujuan menghentikan keganasan atau hanya sekadar mencipta peluang baru untuk Yahudi dan sekutu sekutunya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan