Adakalanya masanya aku gemar juga
mengambil tahu hal-ehwal semasa tanah air. Kegemaran ini sudah lama
muncul dalam diri aku. Malahan ketika sekolah menengah aku sudah mula
berbual hal-ehwal semasa dengan beberapa kawan2 kutu yang berpandangan jauh
dan berani menyatakan sokongan tentang sesuatu perkara. Idea dan sumber
aku ketika itu sudah tentulah dari mulut abah dan ibu aku yang
memberikan komen di hadapan TV ketika menonton siaran warta berita. Aku
fikir kawan-kawan kutu aku juga begitu, tiada bezanya dengan aku.
Pada hari sabtu akan datang, aku
mendapat tahu ada satu perhimpunan besar akan berlangsung di Kuala
Lumpur. Ini salah satu hal semasa yang muncul menarik minat aku.
Perhimpunan itu katanya adalah satu perhimpunan untuk satu perlawanan
pusingan akhir di antara goverment dan BERSIH.
Perlawanan sengit ini seperti yang diketahui sudah berlangsung agak
lama. Namun hanya pada pusingan akhir ini keputusan akan diumumkan oleh
pengadil perlawanan.
Seperti mana-mana perlawanan
akhir, ia semestinya berlangsung di sebuah gelanggang yang hebat. Maka
selalu saja Kuala Lumpur dipilih tidak kira apa perlawanan sekalipun
baik bola sepak atau peraduan menyanyi. Aku fikir barangkali mahkamah
baru tempat tinggal aku ini yang gah berdiri di tepi laut menghadap laluan mat2 rempit masih tidak cukup hebat.
Khabar angin mengatakan
perlawanan akhir ini mungkin dimenangi oleh goverment kerana
pengadil kononnya lebih banyak memihak kepadanya. Aku tidak fikir
begitu. Barcelona awal pagi semalam tewas 2-2 walaupun
pengadilnya memihak pada Barcelona (kah kah kah!). Jadi keputusan perlawanan ini
tidak boleh dijangka terlalu awal. Aku berpendapat bahawa yang bermain
baik akan menang. Kadang-kadang pengadil barcelona juga pening kepala bagaimana
mahu menolong Barcelona jika mereka sendiri bermain seperti
tidak mahu menang. Mana mungkin dia meniup untuk mengarahkan penalti
untuk Barcelona ketika bola di tengah padang. Lainlah kalau dia
sudah gila tiba-tiba atau dirasuk iblis.
Di pihak BERSIH, aku melihat persediaan mereka untuk perlawanan akhir ini cukup
baik. Poster seperti yang aku tampal di atas sudah lama terpampang untuk
para penyokongnya tidak lupa hadir menyaksikan perlawanan akhir ini. Pihak goverment pula aku tidak pasti berapa ramai penyokongnya. Mungkin
ramai juga. Kalau tidak ramai atau kuat, mustahil untuk dia ke
perlawanan akhir ini.
Yang sebenarnya aku juga
terfikir mahu melihat perlawanan akhir ini walaupun kedua-dua pasukan
tidak mempunyai kaitan denganku. Tapi aku rasa tidak salah untuk pergi
melihatnya. Aku sebelum ini pernah juga ke lain-lain perlawanan akhir
yang tidak ada kaitan denganku contohnya perlawanan Johor fc
menentang Selangor beberapa tahun lepas. Aku cukup suka suasana perlawanan
akhir yang jarang-jarang dapat dinikmati. Namun kali ini aku kekurangan
wang untuk ke Kuala Lumpur. Jadi cukuplah aku menunggu keputusan semasa
di televisyen atau internet sahaja.
Walau bagaimanapun pagi ini
setelah aku meneliti beberapa berita dan maklumat, aku menjadi kurang
faham dengan perlawanan akhir ini. Ada beberapa persoalan yang
menghairankan.
- Kenapa polis melarang penyokong-penyokong setia pasukan masing-masing untuk hadir berduyun-duyun ke gelanggang untuk memberi sokongan.
- Apa gila polis suruh penyokong duduk di tempat lain jauh dari gelanggang. Macam mana nak sokong ayam tambatan mereka?
- Apahal orang Kolumpo bising takut jalan jem. Dah nama pun perlawanan akhir memang la jalanraya havoc sikit.
- PERKASA sokong team mana?
- Apahal Tun Mahathir cakap perhimpunan penyokong ini ugut mahkamah seterusnya memberi tekanan. Pengadil bola rilek je dalam padang kena maki satu stadium.
- Apahal guru, pelajar dan kakitangan kerajaan dilarang pergi menyokong. Suka hati diorang la nak layan final.
- Apahal final ni diorang main isnin? Tak respek langsung tradisi final kena main hari minggu.
- Apahal friendly Malaysia vs sri langka x leh pakai bju kuning? aku tgk penyokong barcelona rilex je pkai baju hijau
Apa pun gua harap penyokong kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir ini mampu tabah dan sporting seandainya beroleh kekalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan