Di pagi yang boring itu, aku cuba menghilang perasaan boring
pagi dengan berpusing di sekitar plant dan juga menghisap rokok di celah2 pelan
yang sempit. Walaupon ianya satu kesalahan, ia juga salah satu bende untuk
menghilangkan boring.
Di dalam dilema boring itu, aku cuba bermain telefon
cellular dengan menghantar pesanan kepada rakanku di bahagian lain.
“ko buat pe, dah tak reti nak lepak atas ke?”
“aku ondeway ni” pesanan di balas rakan
Setibanya di atas, member aku telah sound awal-awal walupon
langkahnya lagi 5 meter hendak sampai ke arahku.
“woi petang ni ade latihan keselamatan& kecemasan ko
jangan lambat pulak” nanti bising pulak si safety officer tu.”
“yela-yela” jawab aku acuh tak acuh
##########
Setibanya waktu
petang, alarm dari merata tempat berbunyi dengan perlahan dan ada juga dari
mereka yang tidak mendengar disebabkan alarm tak keluar lagu Metallica mahupon
lagi siti. Engineer2 dan pekerja-pekerja dari pelbagai department tersipu-sipu
berlari anak ke tempat berkumpul. Aku
masih lagi berjalan dengan perlahan walaupon tanah air melihat dengan cemburu.
“woi2 ko yang berambut panjang tu sini” panggil salah
seorang budak sefety ni
“pehal lambat ko ni berjalan dah macam pe la...” sound budak
tu kat aku
Aku tenang je menjawab
“ni panggil-panggil ni ade mende. Aku nak makan nasik pon tak senang la”
Tiba-tiba datang salah seorang dari mereka ke arahku lalu
cuba bermain kasar “ ko ni dah la rambut panjang macam tak de mase depan ,
datang pulak lambat lepas tu nak berdalih2 pulak.
Aku jawab dengan tenang sebagai tanda aku menghormati beliau
walaupon masyarakat melihat dengan cemburu tindakan steady aku.
“sebenarye kita ni hidup, bukan untuk mendiskriminasikan
bidang pekerjaan dan juga hal ehwah penampilan rambut. Kalau rambut panjang tak
boleh kerja ke? Abistu kenapa kt negara2 luar depa tak kesah pon rambut panjang
kalau berkerjaya.” Yang penting sebenarnye hati dan perasaan jeee....”
“ape guna klau perwatakkan smart lepas tu tak pandai buat
keje dan tak minat”
Dengan nada yang tidak puas hati terhadap aku, sekali lagi
die bermain kasar
“dah tu kenapa ko
lambat?”...........
Aku jawap dengan penuh steady dan ayat tesusun
“ sebenarnye
ni bukan masalah lambat, ni sebenarnye MASALAH SISTEM YANG TERABUR. Kalau kita
letak barang berterabor agak2 lambat ke cepat nk jumpe barang tu?. “same la macam sistem yang kita guna
pakai".
Beliau hanya senyap dan beredar setelah aku abis berbahas.
Nampaknya keadaan menjadi seperti sediakala, hanya sistem
sahaja yang mengubah keadaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan