Jumaat, 14 Jun 2013
Harapan
Aku baru perasan ni dah nak puase juga sekarang . Kita juga akan merindui scene goreng pisang cicah sambal kicap di waktu petang selepas ni. harap2 goreng pisang pon masih ade pasaran gelap la. kah kah kah kah
Khamis, 2 Mei 2013
TONENG DENGAN GAYA HIDUP SEORANG BELIA
Dah 3 bulan aku tak menulis kt blog ni, jaga-jaga semua
Pagi yang tenang taktala ayam2 berkokok di halaman rumah
serta bunyian kucing2 peliharaan toneng sibuk meminta makanan membuatkan toneng
bagun seawal pagi untuk menyirup udara segar. Di ruangtamu rumah televisen
sudah sedia terbuka memaparkan berita2 kempen pilihanraya yang havoc
mengalahkan kempen bolo sepak piala dunia.
Toneng bangun dari kerusi hadapan televisen lalu menyuarakan
kemarahannye pada kipas di siling rumah
“cilaka
betul siaran televisen sekarang tak abis2 dengan mandat kepala bapak die”
Toneng meneguk air teh
botol sosro buatan negara jiran dengan laju hingga menyebabkan beliau terbatuk2
“ cilaka betul teh ni, sedap smpai terbatuk aku minum” bisik toneng dalam hati.
Tanpa berfikir panjang toneng keluar ke rumah dengan berbaju
Sex Pistol tanpa lengan serta kain pelekat cap gajah malas. Di luar rumah
toneng memekik nama adiknye
“ pijoe2! Aku nak keluar rumah ni, nanti ko matikan
jela televisen yang tak abis-abis dengan kempen mandat kepala abah die. Kalau televisen
tu tak mati ko campak je la kt parit depan rumah lepastu pacak sekali bendera
Barisan yang orang kampung pasang tu nanti ramai la yang paham kita tanam
televisen”.
Pijoe hanya mengangguk tanda paham.
Toneng berjalan kaki sahaja keluar dari rumah untuk ke kedai
makcik Ropeah. Dalam hati toneng berbisik
“macam gampang jugek jalan raya kat kawasan kampng aku
ni,kempen bagai nak rak satu jalan raya pon tak leh baiki ke.” Dengan nada yang
kecewa toneng terus ke kedai makcik Ropeah.
“ kak ropeah, bagi saya roti kosong 3 kuah kasi banjir ribut
petir. Air bagi teh o kurang manis.”
Dalam keadaan Toneng sedang melahap roti, datang pula si Kimblong
member lame toneng mase study dulu kt ILP ( intitut Latihan Penjara) entah
betul ke tidak aku ungkapkan ni.
Mereka bersalam salaman serta berpelukkan kerana dah lame tak
berjumpa barangkali. Kimblong tanpa membuang masa terus order roti kosong 3
keping.
“ woi toneng lame tak dengar cerita ko buat ape sekarang?”
tegur kimblong
“aku mcmni la keje luar cuty aku balik kampung la.” Lagipon sekarang
musim pilihanraya ni aku amik job skit pacak bendera parti kah kah kah kah .”
toneng ketawa dengan nada yang menganjing
Kimblong terus mengajukan beberapa pertanyaan
“ cilaka jugek
ko ni balik kampung amik job pasang bendera. Buat duit rokok ke pasang bendera ni
kah kah kah
“mestila....... rokok canyon jee ni kah kah kah “
Sedang rancak mereka berbual, telefon pintar toneng berbunyi
dengan nada dering ntah ape celaka pon Kimblong tak paham.
“Woi Kimblong aku nak kene balik ni sidai baju, sekarang
musim hujan jugek petang2 bukan setakat musim hujan je ni, musim saka ribut
bendera pon same jugek.”
Toneng terus beredar tanpa membayar sesen pon. Perlakuan Toneng
itu membuatkan kimblong geleng kepala jugek.
Selepas menyidai pakaian di luar rumah, toneng terus ke ruang
tamu lalu menyandor badan ke kerusi malas hingga ke petang.
Telefon pintar yang berada di tepi bahu toneng berbunyi, dan
membuatkan tahap kesabaran toneng tiba-tiba hilang.
“woi2! Sape ni kacau betul aku nak tido, aku tengah sedap
mimpi pergi konsert metalica ko tau tak!”
“ni aku la kimblong, jom la pergi main bolo aku tunggu kt
padang sekolah ni.”
“ok2 nanti lagi 15 minit aku sampai”
Tanpa belengah lengah toneng terus bersiap2 untuk ke padang
bolo. Dalam perjalan ke padang bolo dengan menaiki basikal fixi. Toneng masih
ternampak pakcik2 di kedai makcik Ropeah sedang sibuk berbual ntah mende ntah.
Toneng dengan perasaan angkuh dan takbur terus pekik pada
pakcik2 yang sedang melepak kat kedai makcik Ropeah
“pakcik2!!! apa barang pakcik lepak2 kt kedai petang-petang ni
jom la main bolo pakcik main bolo. Majulah Sukan Untuk Negara.” pekik toneng di
akhir percakapannye.
Pakcik pakcik dikedai tadi terus geleng kepala melihat
gelagat toneng yang serba tak ubah macam orang tak de mase depan.
Setibanya di padang.............
cilaka aku ngantuk ni lain kali aku sambung lagi..........
Ahad, 6 Januari 2013
HARAPAN
![]() |
| ini adalah art jika ada yang sakit hati, ko ko ko memang bangang |
Tenenet....tenenet
Pagi aritu aku bangun
awal berserta sebuah perasaan angkuh di dalam diri. Bukan senang seorang pemuda
macam aku yang mempunyai semangat integriti yang tinggi nak bangun awal di pagi
hari. Seperti biase , bangun terus mandy bende biase la. Tapi bila bangun terus
bukak tudung saji, tu atitude selalu orang kita lakukan.
Aku hanya memakai sepasang t-shirt berkolar serta seluar
khakis yang bahagian bawahnya agak mengembang dan labuh seperti menyapu lantai.
Cukuplah persiapan aku ala-ala Danial Craig dalam filem The Gurl With The Dragon Taatoo. Walaupon
persiapan aku ala danial Craig dalam filem The Gurl With The Dragon Taatoo , tapi aku bukan kaki
romen seperti pelakon utama dalam Filem james bond tu.
Pagi itu aku keluar rumah untuk lepak dengan seorang kawan,
hanya duduk melepak di sebuah kedai minuman cina untuk pekena secawan teh herba
yang sedikit masam. Aku tidak gemar di pagi hari sarapan bende yang berat,
nanti mengantok pon ade. Dalam kesibukan pagi hari orang kehulu-kehilir untuk
menunaikan kewajipan seorang pekerja, tiba-tiba member aku menegur.
“ko ke mana malam tadi?”
“ala aku ke rumah arman la. Dia ajak aku main PS3 kat umah
die.”
“semalam ko tak de bace paper ke tentang rebat yang gomen
bagi” member tanya
“ala macam ni lah ae...Bak kate sepeti nota-nota pandir
brother pipi dari kuala lipis.
“Orang miskin cuma ada
18 orang di dalam dunia ini. Yang lain-lain semua dah berhenti menjadi miskin.
Orang kaya pula ada 47 orang.Tetapi yang menonton televisyen ada 180 ribu
billion orang. Fak!”
Selepas pulang dari warong teh cina, member aku terus malas
menonton televisyen.
Isnin, 31 Disember 2012
2013 HANYA SEBUAH TAHUN
Ya kita di tahun
2013.
Kita masih lagi di
mejalani attitude kehidupan di tahun 2012.
Yang mana masih
berkerja teruskan bekerja.
Yang mana masih
belajar teruskan menyambung pelajaran.
Yang mane nak
berkahwin teruskan mengumpul duit dengan secukupnya.
Yang mane tengah
bercinta teruskan mengekalkan hubungan.
Yang mane makan nasik
ketika lapar masih lagi mencari nasik untuk dimakan.
Begitula hari-hari
mendatang untuk setiap orang.
Tiada apa yang
berbeza melainkan kehidupan teruk di kawal oleh system-sistem kapitalis.
Tiada apa yang mudah
melainkan kita berusaha hingga gigih.
Tiada apa yang
mustahil jika kita mampu berfikir di luar pemikiran orang lain.
Tiada apa yang susah
jika kita yang menyusahkan diri kita.
Tiada apa yang
berubah jika kita tidak mangubah diri kita ke 1 tahap yang memberangsangkan.
Seperti itulah juga
sebuah mesin jika ia rosak ia dibaiki oleh manusia.
Jika ia tidak boleh
dibaiki mungkin ia akan di jadikan besi buruk untuk di jual.
Kita masih beruntung
kerana kita bukan sebuah mesin yang ditekan-tekan untuk beroperasi.
Walaupon kita bukan
sebuah mesin tapi minda kita sudah beroperasi seperti mesin-mesin.
Kita sebenarnya
sebuah robot tapi cuma kita sudah berovolusi.
Kehidupan di tahun
2012 masih lagi kita teruskan yang berubah hanyalah tahun yang lain tiada apa
yang berbeza. Harapan gua untuk tahun 2013 tidaklah tinggi seperti datok2 yang
selalu berperangai kebudak-budakkan di parlimen. Taktala hanya bercakap-cakap
sahaja.
Gua masih lagi tidak
memakai smartphone dan terus menggukan telefon yang hanya mampu dibuat
panggilan masuk dan keluar serta beberapa keping SMS kepada rakan-rakan. Taktala
ketika 98% member2 gua sudah berivolusi menggunakan talifon pintar jika hendak
ke mana-mana. Masing hanya sibuk menggunakan facebook, twitter dan pelbagai
applikasi dalam telefon pintar. Ia telefon juga sudah mencapai tahap
revolusinya dan akan datang kita juga akan berevolusi dari segi pemikiran.
Gua masih lagi tidak
mempunyai makwe taktala member-member gua semua berada situasi kehidupan
dikawal erat alam percintaan. Percintaan itu tidak mengarut yang mengarut
hanyalah diri kita yang tidak menghargainya. Ada juga yang sudah melepasi alam
perkahwinan, ade juga yang sudah melepasi alam percintaan dan ade juga sudah
merancang untuk pergi lebih jauh. Itulah serba sedikit tentang kehidupan dalam
percintaan. Dimana kita Cuma merancang yang maha esa akan menentukan.
Untuk tahun 2013 ni
harapan gua tak la tinggi mane, Cuma sedikit art dalam kehidupan.
Gua berharapan dapat
mengekalkan tahap keremajaan rambut sehingga paras bahu.
Gua berharapan sultan
bolo dah boleh berundur la untuk memajukan bola sepak.
Gua berharapan Liverpool
di ambang peningkatan.
Gua berharapan
perasaan dingin gua terhadap team Man Utd masih diteruskan.
Gua berharapan
mempunyai makwe yang memahami jika gua berambut panjang.
Gua berharapan untuk
meneruskan legasi penulisan blogger.
Gua berharapan agar
Malaysia lebih bersih dari segala aspek.
Gua amat bersyukur sangat kerana gua telah melepasi kegidupan 1990 hinggalah sekarang. Inilah yang dinamakan rezeki....
Kita semua mesti
ingat bahawasanya tiada apa yang berubah hanya kalendar
saja yang baru.
Khamis, 27 Disember 2012
SISTEM ITU UNTUK.......
Di pagi yang boring itu, aku cuba menghilang perasaan boring
pagi dengan berpusing di sekitar plant dan juga menghisap rokok di celah2 pelan
yang sempit. Walaupon ianya satu kesalahan, ia juga salah satu bende untuk
menghilangkan boring.
Di dalam dilema boring itu, aku cuba bermain telefon
cellular dengan menghantar pesanan kepada rakanku di bahagian lain.
“ko buat pe, dah tak reti nak lepak atas ke?”
“aku ondeway ni” pesanan di balas rakan
Setibanya di atas, member aku telah sound awal-awal walupon
langkahnya lagi 5 meter hendak sampai ke arahku.
“woi petang ni ade latihan keselamatan& kecemasan ko
jangan lambat pulak” nanti bising pulak si safety officer tu.”
“yela-yela” jawab aku acuh tak acuh
##########
Setibanya waktu
petang, alarm dari merata tempat berbunyi dengan perlahan dan ada juga dari
mereka yang tidak mendengar disebabkan alarm tak keluar lagu Metallica mahupon
lagi siti. Engineer2 dan pekerja-pekerja dari pelbagai department tersipu-sipu
berlari anak ke tempat berkumpul. Aku
masih lagi berjalan dengan perlahan walaupon tanah air melihat dengan cemburu.
“woi2 ko yang berambut panjang tu sini” panggil salah
seorang budak sefety ni
“pehal lambat ko ni berjalan dah macam pe la...” sound budak
tu kat aku
Aku tenang je menjawab
“ni panggil-panggil ni ade mende. Aku nak makan nasik pon tak senang la”
Tiba-tiba datang salah seorang dari mereka ke arahku lalu
cuba bermain kasar “ ko ni dah la rambut panjang macam tak de mase depan ,
datang pulak lambat lepas tu nak berdalih2 pulak.
Aku jawab dengan tenang sebagai tanda aku menghormati beliau
walaupon masyarakat melihat dengan cemburu tindakan steady aku.
“sebenarye kita ni hidup, bukan untuk mendiskriminasikan
bidang pekerjaan dan juga hal ehwah penampilan rambut. Kalau rambut panjang tak
boleh kerja ke? Abistu kenapa kt negara2 luar depa tak kesah pon rambut panjang
kalau berkerjaya.” Yang penting sebenarnye hati dan perasaan jeee....”
“ape guna klau perwatakkan smart lepas tu tak pandai buat
keje dan tak minat”
Dengan nada yang tidak puas hati terhadap aku, sekali lagi
die bermain kasar
“dah tu kenapa ko
lambat?”...........
Aku jawap dengan penuh steady dan ayat tesusun
“ sebenarnye
ni bukan masalah lambat, ni sebenarnye MASALAH SISTEM YANG TERABUR. Kalau kita
letak barang berterabor agak2 lambat ke cepat nk jumpe barang tu?. “same la macam sistem yang kita guna
pakai".
Beliau hanya senyap dan beredar setelah aku abis berbahas.
Nampaknya keadaan menjadi seperti sediakala, hanya sistem
sahaja yang mengubah keadaan...
Langgan:
Catatan (Atom)
