Isnin, 19 Disember 2011

MARI BELAJAR ( PROJEK TRAFIC LIGHT 4 SEMPANG MENGGUNAKAN PLC )

KEPADA PARA STUDENT YANG SEDANG AKHIR SEMESTER DALAM JURUSAN ELEKTRIK ATAU ELEKTRONIK (HAHAHA)

So sebenarnye projek ni adalah projek last sem sy dan kwan2 semasa di tempat pengajian. kami telah diberikan sebuah plc dan wajib untuk mereka bentuk sebuah projek. last2ly saya dan rkan2  memilih untuk membuat traffic light 4 sempang sebagai projek kami. dlm projek akhir semester ini kami diberikan 5 group dan group sy dan kawan2 memilih traffic light 4 sempang. group2 lain dgn projek seperti trafic light pejalan kaki...n macam2 la...hahaha (ayat mcm bdak skolah )

so sebenarnye sy ni x de la hebat sgt mengenai PLC (programmable logic control) ni, jadi sy terpakse la berusaha dgn sungguh2 utk belajar mngenai PLC ini. sebenarnye bende ni srnk la klau korng smua tahu. aku dlu pn x mnt bnde ni. then belajar2 ok gk la...kre minat 2 ade la...hihihi....

ok kt sni aq akan bagi korng smua mneumonic code yg aq dpt la..mneumonic code aq panjang ,biase la den x bpe hbat sgt dlm plc ni...

                                                      ni adalah mneimonic code yg pertama
                                           yang ni pula mneumonic code yg ke 2...agak panjang la...

                                                yang ni yg terakhir ok...( maaf la jika terlalu panjang )

so tentang ladder diaggram korng pandai2 la reka dgn mneumonic code yg aq bagi ni..ala bkan ssh pn kn just tgk je instruction pada mneumonic code then ingt la simbol pada console plc k...x kn smua aq nk suap usaha la skit..hahah.( geng susah2 dlu geng ,wa buat bnde ni ssh jgk geng yg penting usaha n comitmen geng )

Hah lg1 nk bgtau projek aq ni x menggunakan censor or counter ke or ape2 jw la...k kami hanya menggunakan timer utk mengawal lampu2 traffic light k. Biase la budget x bpe nk ckup kn....hehehe
So klau korng mampu korng bleh ;a menambahkn censor or sebagainye. ok.

ok kami akan tunjukkn salah satu projek kami dan projek ini kami tidak menggunakan power supply sebagai output kerana lampuyg kami gunakan 240vac jikalau korng menggunakan lampu 24vdc so gne kn lah power supply pd output......

ok ni gambar semasa pengujian dilakukan ujian keterusan dan kekutuban...supya mengelak dari berlakunya fasa dan neutral bercantum..

 ok ni gambar mase kami test traffic light, emm smunya ok je..cme nmpak suasana blik yg bersepah la...hahaha

 rekabentuk dari pandangan tepi....so klau korng ade lampu yg lagi cantik bagus la...sbb tapak lampu pn kami bkin sendiri laaaa...

                                     ok yang ini dari pandangan atas projek amacm gempak x..hahah

                                       ok ni gambar salah seorng member kumpulan aq gh buat kerja.

      ok yg ni mse kerja2  menarik kabel dijalankan....so ingt la making cabble...supaya x berlaku kesilapan.

sebernarnya agk rumit gk makan mase 1 balan lbih gk la...biase la..hanya ade mse terluang sahaja kami buat bnde ni.


                                          so agk2 ni spe????? ni aq la tune the pinpong hahaha....

so kami amat berterima kasih pada tenaga pengajar,rakan2 ibu bapa...n spe2 je la yg terlibat.kerana jikabukan diorng spela kita smua ni..hehe ( ayat x leh blah ) and x lupa juga ahli kumpulan saya syahir abud,nizam ,zafri a.k.a turtle ,dan ashril aswandy kerana bnyk menolong dalam menyiapkan projek ni...yang paling penting dalam sesebuah group itu adalah komitmen pada ahli3....HIHII

 ' JANGAN BIARKAN PENDAPAT ORANG LAIN MENENGGELAMKAN ANDA, APA YANG LEBIH PENTING, ANDA PERLU BERANI IKUT KATA HATI DAN NALURI ANDA'


SO SEKIAN TERIMA KASIH ....WASSALLAMMMM....

Ahad, 9 Oktober 2011

1 BULAN LAGI SY MAHU EXAM




( Di ats ialah contoh lesen kekompetan 
elektrikal )
bende ni yg aq mahukan




assalamualaikum...smua, di harap para pembaca smua dalam keadaan sihat sejahtera...hehe
sudah lme rasenye  tidak  menulis,so agk perlahan juga la bila berhadapan dgn keyboard...he2
so aq jrang nk update2 blog sbnarnye....kebanyakan drpdnye just copy sahaja, disebabkan aq jarang on9.
so skung pn di tempat stdy aq sbuk dgn projek2...final exam .macam2 la,sampai koyak mental aq ni...huh(deruan malas)

so untuk blan tahun ini adalah thun terakhir aq stdy di melaka,so aq akan membuat kn yg terbaik utk dri aq n kawan2 seperjuangan dgn aq.klau bleh biarlah hanya tinggl kenangan yg terindah di sini. di mana pada hjung blan 11 aq akan menghadapi final exam untuk amali aq pw4 dan selepas itu aq akan terus di oral oleh 3 orng panel dari negeri yg berbeza tntg pengetahuan aq trhadap elektrik. so di harap kawan2 akan memberi yg terbaik untuk exam...kali ni. aq sbnrnye ingin smua rakan2ku serta aq akan lulus dgn cemerlangnye. so lps ni mungkin mungkin aq akn serius ble masuk klas....x mcm dlu2 msuk kelas asik ketawa je....mcm x nk blaja ade gk la. ble pkir2 lme2 aq ni bkn nye pandai sgt pn,x kn aq x nk jd yg terbaik dri terbaik?....so lpas drpd2 aq trus berjuang dan terus berjuang...he2....bnyak harapan telah dberikan pada aq,kluarga aq pn bnyk memberi dorongn supaya aq berjaya...insyaallah

so dlm mse 2 blan aq mungkin tidak menulis blog ,dsebabkn kesibukan exam aq..ok...sekian...


so akhir kate
"KEHIDUPAN IBARAT BERMAIN CATUR(chess),SIAPA DAPAT MELIHAT JAUH KEHADAPAN DAN MENGANALISIS TAKTIKAL DAN TEKNIKAL DIA AKAN MEMENANGI PERLAWANAN."

WASSALLAM...

Ahad, 2 Oktober 2011

10 PENYAKIT MENGHALANG KEJAYAAN



10 penyakit tersebut adalah:

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
 

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu”siapa” Bukan”apa” penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari “apa” penyebabnya, bukan “siapa”. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,” Adik itu yang salah”, atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.
 

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
 

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.”Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh”. Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai “improper guilty feeling”. Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa “inferior”, kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.
 



3. TIDAK PUNYA CITA-CITA
 

Kita sering asyik dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau “GOAL” kita hanya untuk “FUN”, bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.
 

4. MEMPUNYAI CITA-CITA, TAPI SALAH MENCAPAINYA
 

Biasanya dialami oleh orang yang tidak “teachable”. Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.
 

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
 

Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, “real success”, kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.
 

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
 

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.
 

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
 

Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.
 

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
 

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.
 

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
 

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimakan sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. “Waktu” itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.
 

10. MUDAH PUAS HATI DIRI DENGAN KEJAYAAN
 

Biasa disebut “Pseudo Success Syndrome”. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: “Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar”. Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan kejayaan-kejayaan yang kecil, kerana kita akan terlepas sasaran yang besar, sasaran yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.
 

Bersama2 lah kita cuba mencegah dan mengubati 10 penyakit ini agar kita mencapai apa yang kita citakan di dunia dan akhirat….amin

Sabtu, 30 Julai 2011

BULAN RAMADHAN DAN PUASA







KEISTIMEWAAN PUASA DAN BULAN RAMADHAN


Saudara Pendengar Sekelian, 

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.
Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu. 

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. 

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa. 

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.
Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.
Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.
Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:
Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:
Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.


Sabtu, 23 Julai 2011

the stroke





The strokes adalah salah satu band favorit gw ini awal berdirinya band mereka Pada tahun 2001 ada dua hal yang mengejutkan dari bandar New York. Pertama, tentu saja peristiwa runtuhnya WTC tapi saya tidak bakal cerita tentang itu di sini. Tapi hal yang satu lagi, iaitu band yang namanya The Strokes. Siapa saja sih The Strokes? New York terkenal dengan masyarakatnya yang beraneka ragam, begitu juga kelima ahli The Strokes ini. Sang vokalis, Julian Casablancas sebenarnya bukan orang Amerika asli. Bokapnya, John Casablancas (Yap! Pemilik agensi modelling itu!) Berasal dari Sepanyol sedangkan ibu Julian adalah Miss Denmark tahun sekian .. Bisa dibilang Julian adalah frontmannya The Strokes, selain dia yang paling tua (23 Ogos 1978), Julian adalah penulis lagu bagibandnya. Fabrizio Moretti (2/6/80) adalah drummer The Strokes, walaupun untuk beberapa saat Fab sempat digantikan oleh Matteo Romano kerana tangan Fab yang patah. Nikolai Fraiture (13/11/79), pemain bass, terkenal sebagai the Quite Stroke.Walaupun jarang buka mulut, keahlian Nikolai yang berdarah Perancis tidak usah diragukan lagi. The Strokes punya dua gitaris yang kalo saya bilang punya kemampuan yang sama. Albert Hammond Jr, lahir bulan April 1980, bapanya alias Albert Hammond Sr adalah seorang penyanyi yang pada tahun 1972 punya hit berjudul It Never Rains In Southern California. Yang terkini, ahli yang paling muda Nick Valensi (16/01/81) keturunan Perancis. Mungkin sesuai disebut Baby Stroke? Cerita The Strokes bermula sejak Julian bertemu Nick dan Fab sewaktu usianya masih 15 tahun di New York 's Drake School.Saat itu Nick adalah adik kelas Julian yang lebih muda dua tahun.Julian langsung terkagum-kagum sama Nick yang udah maen gitar sejak umurnya enam tahun. Sedangkan Albert ketemu Julian sewaktu mereka sama-sama sekolah di sebuah asrama di Switzerland, begitu juga Nikolai yang ketemu Julian di sebuah grammar school. Merasa tidak betah belajar di sekolah elit, Julian pun memutuskan untuk berhenti, diikuti oleh Nick. Mereka memutuskan untuk serius di jalur musik. 
Sejak tahun 2000 pun mereka mulai sering manggung di berbagai tempat, kayak The Acme, Baby Jupiter dan Arlene Grocery. Tapi penampilan mereka di Mercury Lounge-lah yang membawa keuntungan. Ryan gentles, pengurus Mercury Lounge, menghantar demo tape mereka ke Geoff Travis, orang dari syarikat rakaman Rough Trade. Rough Trade pun menerbangkan Julian cs ke london dan bersetuju untuk mengeluarkan single mereka, The Modern Age. Single ini mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Inggeris, The Strokes pun akhirnya jadi cover depan tabloid New Musical Express. Syarikat rakaman Amerika pun mulai tertarik dengan The Strokes, tapi akhirnya Julian cs memilih RCA, k arena hanya label inilah yang tidak keberatan sewaktu Julian cs mengatakan kalau mereka tidak mahu membuat sebuah video klip (kecuali kalau diambil dari penampilan live mereka). 
Album Is This It dikeluarkan pada tahun 2001 dan dunia pun berada dalam genggaman The Strokes! Sekurang-kurangnya Eropah dan Amerika. Album yang covernya sangat sensual ini (yang beredar di Indonesia adalah album dengan cover berbeza) mendapat penghargaan dari Q iaitu nilai penuh 5 / 5, sedangkan pembaca NME memilihnya sebagai album terbaik tahun 2001. Musik The Strokes mengingatkan kita akan punk tahun 70-an seperti The Ramones atau The Clash, tapi diberi sentuhan moden dan tentu saja keahlian ahli-ahlinya yang kuat juga memberi nilai tersendiri dalam album ini. Misalnya pada lagu pembuka, Is This It, kita langsung disambut dengan bassnya Nikolai yang patut dapat acungan jempol, solo gitarnya Nick di The Modern Age, solo gitarnya Albert di Last Nite dan drum Fab di New York City Cops.Nggak lupa, suara Julian yang mungkin kedengarannya asal tapi membawa suasana tersendiri pada setiap lagu. Dari gaya males di Is This It, ceria di Someday sampe di Trying Your Luck yang kedengarannya melas banget. Jujur aja, saya tidak pernah bosen ngedengerin album ini, mungkin salah satu album terbaik yang pernah saya dengar 
Penampilan para anggotanya juga semakin mengukuhkan muzik The Strokes. Kadang - kadang mereka suka dandan rapi pake jas dan dasi, tapi bawahnya celan jeans yang super belel dan kasut Converse. Sewaktu manggung Julian juga pernah pake jas lengkap ala penyanyi tahun 40-an. 
Walau keliatannya asal, baik dalam penampilan ataupun kata-kata (Albert pernah bilang kalau mereka itu gay?!), Julian cs berjaya menunjukkan kalau kekayaan yang mereka miliki bukanlah hal terpenting untuk menempuh berjaya dalam dunia muzik. The Strokes punya sikap yang jelas dalam bermusik, walaupun kata orang muzik mereka itu kuno, mereka gigih sama muzik mereka dan terbukti, kreatif banget kan? Tentu saja solidariti band juga penting, saya tidak boleh bayangin kalau salah satu anggota The Strokes digantikan. Yah seperti kata Nick "do not you know about the importance of The Hug? The band that hugs together stays together. Similarly, the band that hugs together fights together. "(Ap Mei 2002) 
(The Strokes juga menyumbangkan satu lagu untuk OST Spiderman!)

Ahad, 19 Jun 2011

Perintis metal malaysia


 
Rator adalah sebuah kumpulan underground yang cukup aktif dalam pergerakan underground di awal 80an. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang pemuda di Selangor yang dahagakan muzik Thrash Metal! Anggota asal kumpulan ini ialah Shah Jahan [vokal], Roslee Hasan [gitar], Ogy [bass], dan Hamid [dram]. Mereka bermula ketika mereka berempat masih lagi di sekolah menengah. Di peringkat awal Rator membawakan lagu-lagu cover dari SYJ, Venom, Bathory, Sodom dan Celtic Frost.

Di awal 1988 apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, kumpulan ini menjadi lebih aktif dan berlatih bersama-sama kumpulan underground veteran yang lain seperti Punisher dan Nemesis. Rator berkongsi tempat latihan yang sama iaitu di Hellion, Medan Mara. Mereka cuma menggunakan apa yang terdaya untuk mereka untuk bermain muzik. Mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menggerakkan Rator. Rator pada waktu itu sama juga seperti juga kebanyakan kumpulan Thrash Metal tempatan yang lain seperti Nemesis, Punisher, Slapdeath, Merciless Death dan lain-lain lagi yang memainkan lagu cover sahaja. Peninggalan Ogy sebagai bassis telah diambil alih oleh Shah Jahan dan posisinya berperanan sebagai bassis/vokal. Pengunduran Ogy kemudiannya telah menubuhkan Voices bersama Bart Rulshah [Bart Rulshah kemudiannya menubuhkan Carburetor Dung dan Tormentor]. Voices kemudiannya bersama-sama Picagari [sebuah lagi kumpulan lagenda dalam arena underground tempatan] mengadakan konsert di Sungai Wang pada lewat 80an. Selepas itu Voices berpecah...
Seterusnya di tahun 1989, Hamid pula mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh Lee Space yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Thrash Metal, Exorcist. Malangnya, tidak lama selepas itu Lee Space pula memutuskan untuk meninggalkan Rator. Roslee Hasan selaku gitaris pada waktu itu mula memperkotakan janjinya untuk bermain di posisi dram. Oleh itu Rator ditunjangi oleh Shah Jahan [vokal/bass] dan Roslee Hasan [gitar/dram].
Ketibaan tahun 1989, Rator semakin mengganas dengan aktiviti mereka. Mula bermain di gig dengan rancaknya. Gig pertama mereka ialah di Galactica Club bersama-sama Black Fire, Necrofist dan beberapa kumpulan Thrash Metal yang lain. Bermula dengan titik permulaan ini, Rator mula bermain di Expo Taman Dato` Harun, Fun Fair di Serdang dan kelab-kelab seperti Metallica Lounge, Paradise Club, Semua House Rock Roller serta pertandingan-pertandingan slow rock yang sengaja dimasuki. Pertandingan tersebut mempertandingkan kumpulan rock tempatan yang mendendangkan lagu-lagu rock bertema cinta. Lagu-lagu yang diwajibkan untuk pertandingan tersebut ialah lagu-lagu dari Wings, Search, dan M.A.Y. Ini bertentangan sekali dengan imej dan muzik yang Rator mainkan! Rator langsung tidak membawakan lagu-lagu seperti yang diwajibkan sebaliknya 'memperkosa' kemurnian majlis tersebut dengan membawakan lagu-lagu Thrash Metal yang mereka gilai seperti dari Slayer, Sarcofago, Sodom dan bermacam lagi. 'Pencabulan kejam' yang mereka lakukan telah mengakibatkan semua orang terperanjat dengan persembahan dan muzik yang Rator bawakan. Rator tidak akan sekali-kali membawakan lagu cinta seperti yang disyaratkan kerana inilah antara usaha mereka untuk mempopulasikan irama Thrash Metal, di mana ketika itu irama muzik rock tanahair sedang tenat dengan lagu-lagu yang meleleh-leleh.
Dari satu pertandingan ke satu pertandingan mereka cerobohi dan mereka pernah dihalau di dalam sebuah pertandingan disebabkan imej dan muzik mereka. Peminat dan penggiat muzik rock pada masa itu tidak dapat menerima bentuk muzik yang Rator bawakan. Rator pernah dicemuh pada ketika itu tetapi semua itu bukan penghalang bagi mereka. Setiap gig yang dimainkan oleh Rator akan menggunakan khidmat Lee Space untuk 'membanting' lagu-lagu yang dibawakan. Di era 80 an Rator pernah berakdi bersama lagenda underground tempatan seperti FTG, Nemesis [bekas kumpulan Aru Koffin Kanser], Silent Death. Punisher, Hijrah [kini The Pilgrims], Picagari, Slapdeath, Necrofist dan beberapa perintis lain.


Rator merakamkan demo pertama mereka yang berjudul 'Evil Symphony' di tahun 1989 dan dirakamkan di studio Hellion, Medan Mara. Empat lagu dirakamkan 'Antichrist War', 'Death Metal Warrior', 'Spell from Fire' dan 'On Sin' yang dilagukan berbentuk Brutal Death Metal, atau lebih tepat lagu kalau dikelaskan sebagai Old School Death Metal!

Lagu mereka dipengaruhi oleh Sodom, Sarcofago, Venom, Bathory, Slayer dan Celtic Frost. Imej pula dengan pengaruh spikes, muka diconteng, rantai dan jaket kulit menjejaki imej kumpulan Sarcofago serta penampilan seperti imej lama Venom, Sodom dan Celtic Frost serta kumpulan lagenda Brazil seperti Mutilator, Sextrash dan Vulcano amat ketara! Dengan kelahiran demo ini, Rator menggugat muzik metal tanahair yang satu ketika dulu dihimpuni oleh lagu-lagu Slow Rock. 'Evil Symphony' juga menjadi pembakar semangat kumpulan underground yang wujud ketika itu seperti Black Fire, Silent Death, Picagari, Sil Khannaz dan ini telah 'menjangkitkan' pejuang-pejuang veteran seperti Sil Khannaz, Hijrah dan Brain Dead untuk menghasilkan demo.
Demo 'Evil Symphony' dirakamkan dengan line up Shah Jahan [bass/vokal], Roslee Hasan [gitar/dram] yang ada ketika itu bermain dram untuk beberapa lagu. Mereka telah dibantu oleh beberapa anggota FTG. Bassist FTG iaitu Mie bertanggungjawab menerbitkan demo ini. Demo tersebut dirakamkan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan mereka tidak sempat berlatih dengan secukupnya untuk persediaan demo ini. Sound untuk demo tersebut kurang bermutu tetapi ini bukanlah satu batu penghalang buat mereka malah batu loncatan untuk Rator disanjungi di seluruh dunia.
Hanya berbekalkan demo 'Evil Symphony' Rator mula memporak-perandakan pergerakan underground di seluruh dunia pada lewat 80an. Ulasan, temuramah dan cerita mengenai Rator tersiar dalam majalah-majalah primitif underground yang terkenal seperti Master of Brutality [Holland], Morbid [Sweden], Mutilation [Jepun], Slimy Sucker [Sweden], Mutilador [Mexico], Slayer [Norway] dan banyak lagi.
Selain itu Rator banyak menyertai kompilasi kaset di seluruh dunia dan bermula dengan pergerakan inilah banyak media-media barat mula membuka mata mereka terhadap Malaysia, di mana sebelum ini kumpulan-kumpulan underground death metal dari Singapura seperti Nuctemeron, Abhorer, Dread telah memedihkan pandangan pihak barat lantas memaksa mereka membuka mata terhadap kumpulan-kumpulan di Singapura melalui demo-demo mereka. Persamaan stail muzik antara Rator dan Abhorer tidak dapat digusarkan. Jika Abhorer ialah jawapan terhadap pergerakan scene underground di Singapura, Rator pula adalah jawapan untuk Malaysia!!

Kebanyakan orang-orang barat yang mengkagumi Rator menasihatkan mereka supaya merakamkan sesuatu yang lebih berkualiti untuk mereka bergerak dengan lebih kejam lagi. Demo 'Evil Symphony' juga disanjung oleh kumpulan-kumpulan black metal dunia yang cukup terkenal pada hari ini seperti Rotting Christ dan Beherit! Apa yang menariknya mereka menyatakan yang Rator adalah salah satu sumber inspirasi mereka.
Kesadisan Rator juga telah membuatkan pemilik Spine Farm Records dari Finland untuk menawarkan 7"Ep buat peringkat permulaan tetapi atas dasar-dasar tertentu kontrak itu dibiarkan begitu saja. Selain Spine Farm Records, Rator juga pernah ditawarkan oleh syarikat rakaman lain. Cengkaman Rator diperkukuhkan lagi dengan adanya pengikut-pengikutnya yang tersendiri. Mereka menubuhkan kelab peminat bernama 'Army of Fans'. Pengikut-pengikut Rator sangat ditakuti oleh peminat-peminat lagu Slow Rock kerana penampilan mereka seperti juga Rator, mengenakan warna hitam di muka, rambut yang bergerbang dan memakai baju-baju yang tertera nama Rator! Mereka memberikan sokongan yang tiada retak kepada Rator. Di ketika itu juga semua aktiviti dan surat menyurat diuruskan oleh Abd Aziz, editor majalah Vortex From the East 'zine dan juga merupakan vokalis untuk kumpulan death metal, Necrofist! Abd Aziz adalah orang yang bertanggungjawap mewarnai nama Rator. Kebencian terhadap Rator bukan sahaja datang dari kumpulan-kumpulan Rock, ada di antara peminat muzik Thrash Metal pada ketika itu yang merasa janggal dan kurang senang dengan penampilan Rator yang agresif! Ada yang pernah bertelingkah dan 'berperang lidah' dengan Rator dan pengikut-pengikutnya.

Dekad baru memulakan sesinya, permulaan tahun 1990 Rator masih rancak dan aktif dalam pergerakan underground tempatan. Di sebalik keaktifan mereka, Rator sering dilanda masalah peribadi yang tidak pernah kesudahan. Akhirnya pergeseran masalah-masalah yang ditimbulkan tidak dapat dielakkan lagi, lantas Rator berpecah pada lewat tahun 1990 meninggalkan satu takuk sejarah underground di Malaysia sampai bila-bila. Rator berpecah tetapi nama mereka tidak berkubur begitu sahaja.
Dengan perpecahan Rator, kumpulan-kumpulan tempatan yang lain bangkit dengan segarnya mencipta nama seperti FTG, Sil Khannaz, Silent Death, Suffocation dan banyak lagi. Bekas anggota-anggota Rator seperti Ogy telah menubuhkan Carburetor Dung pada tahun 1990 bersama Bart Rulshah [Tormentor], Che Mat [Silent Death] dan CD Khanzab [Sil Khannaz]. Kemudian kumpulan ini berpecah dan Ogy menubuhkan sebuah kumpulan Grindcore/Death Metal bergelar Mutilation! Mutilation menghasilkan demo mereka pada tahun 1991 bertajuk 'Massacre On Bodies'!
Pemain dram Rator pula selepas berkhidmat dengan Exorcist/Rator terus menjadi pemain deram untuk demo pertama Sil Khannas [sekarang Sil Khannaz] 'Doctrine to Hell' pada tahun 1990. Sil Khannas merupakan kumpulan kedua selepas Rator yang merakam demo di studio Hellion. Selepas 'menggasak' untuk demo pertama Sil Khannas, Lee Space kemudiannya menganggotai kumpulan rock sensasi dan glamor iaitu XPDC. Penyertaan Lee Space ke dalam XPDC menimbulkan rasa tidak puas hati pengikut-pengikut underground dan seterusnya dicemuh kerana merempuh ke arena mainstream! Lee Space bersama XPDC hanya buat sementara waktu sahaja. Kejanggalan Lee Space bersama XPDC dapat diperhatikan dalam gambar-gambar XPDC ketika itu. Lee Space berimejkan seorang pemuzik Thrash Metal, manakala semua anggota XPDC berimejkan glam rock. Kesemua anggota-anggota XPDC 'hairan bin ajaib' dan terpinga-pinga dengan corak permainan Lee Space yang sangat' kejam' mengendalikan pukulan dram. Mungkin disebabkan muzik yang Lee Space mainkan terlalu ganas buat mereka pada ketika itu merupakan sebuah kumpulan glam rock yang sedang meningkat naik. Bersama XPDC, Lee Space sempat mengkotakan sebuah album 'Darjah Satu' pada tahun 1990. Perhitungan dibuat dan akhirnya Lee Space kembali ke pangkuan arena underground. Beliau mula memukul dram untuk kumpulan Death Metal, Tormentor dan menjadi pemain drum undangan dalam kumpulan grind/death metal iaitu Slum Scum di dalam album pertama mereka 'Menace to Insanity'. Di ketika ini [1992-94] Lee Space adalah pemain dram yang terulung di Malaysia selain Olie [Silent Death] dan Lan Bye [Infectious Maggots/Sil Khannaz]. Stamina, kepantasan dan kebuasannya 'menghentam' dram sangat dikagumi.
Dua orang anggota asal Rator iaitu Shah Jahan dan Roslee Hassan selepas perpecahan membina haluan sendiri melalui karier masing-masing. Shah Jahan telah mendapat sebuah pekerjaan dalam bidang lukisan. Kulit mini album Nebiras [dahulunya Necrofist] 'As The Sky Turns Black' adalah hasil karya Shah Jahan pada awal tahun 1993. Roslee Hassan pula cuba untuk kembali ke dalam bidang muzik melalui projek solo yang dirancangkan oleh beliau tetapi terkandas begitu sahaja.
Rator hidup kembali pada tahun 1993 setelah lama terdampar di pinggiran arena underground tempatan. Ditubuhkan semula oleh Shah Jahan [bass/vokal], Roslee Hassan [dram] dan Ogy [gitar]. Kedatangan mereka semula diraikan, mereka beraksi di dalam sebuah gig di tahun 1993 bersama-sama Langsuir, Social Infection, Inhuman, Parasite dan Modar! Dengan penubuhan semula Rator, sebuah label underground tempatan [Dark Journey Records] bercadang untuk menandatangani kontrak dengan Rator untuk mengeluarkan album pertama mereka. Malangnya di penghujung tahun 1993, Rator buat kali kedua menjerut kariernya! Mereka berpecah dan gig mereka bersama Langsuir, Social Infection, Inhuman, Parasite dan Modar adalah gig terakhir buat Rator. Rator terus berkubur selamanya tetapi nisanya tertulis lagendanya yang tersendiri di dalam muzik Metal tempatan. Mereka terlebih mengganas dalam persada muzik underground tanahair sebelum FTG, Silent Death, Sil Khannaz, Braindead, Infectious Maggots, Pilgrims dan lain-lain malah sebelum ketibaan Cromok di celah-celah keributan irama berat. Mereka merupakan kumpulan irama berat terawal di Malaysia yang mencipta lagu sendiri di era 80an selain Blackfire, P.R.O.V. [kumpulan dari Terengganu yang mengeluarkan demo pada 1989] dan Slapdeath! Di ketika Rator sedang aktif nasib yang sama menghukum mereka seperti yang dialami oleh kumpulan veteran Thrash Metal tanahair yang lain. Mereka dikritik kerana perbezaan naluri muzik yang mereka bawakan dengan kebiasaan lagu-lagu slow rock.
Rator, perintis irama berat, pelopor arena underground, pejuang muzik ekstrim dan maharaja Metal Malaysia.
Rator - [ 1987 - 1993 ] 

Sabtu, 11 Jun 2011

oooo..sama...

al-qaedanewborn terrorist

Kematian Osama – Permulaan kepada keamanan atau Kekacauan

Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi berita yang secara tak langsung melibatkan umat Islam…
Dalam kita disuap dengan cerita serangan cubaan bunuh keatas perdana Menteri Libya Muammar Gaddafi yang telah menyebabkan kematian anak lelaki bongsu dan juga cucunya, tiba tiba kita dikejutkan dengan kejayaan US dalam operasi untuk menamatkan nyawa Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang katanya telah maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.
Dan yang pasti mesti ramai yang bergembira dengan berita tersebut, ye mereka gembira dengan alasan akan berakhirnya segala keganasan yang terjadi sebelumni…
Yang pasti mereka telah silap sama sekali kerana pada aku, selagi benih keganasan sentiasa disemai oleh pihak yahudi dan sekutu sekutunya, selagi itulah pokok kebencian akan berakarumbi di bumi ini, jadi apa yang dikatakan kejayaan itu hanyalah satu kejayaan menamatkan riwayat Osama bin laden dan bukannya Al-Qaeda dan juga banyak lagi pertubuhan pertubuhan anti Israil dan barat yang lain.
Memang benar jika mereka katakan Osama itu merupakan tujang Al-Qaeda tapi Al-Qaeda bukan wujud kerana seorang Osama, tapi pastinya masih terdapat beribu ribu atau beratus ribu yang sanggup mengantikan tempat yang ditinggalkan Osama, bahkan mungkin akan muncul lagi serpihan serpihan lain seandainya Al-Qaeda akan terkubur…
Namun apa yang lebih menariknya ialah individu yang bakal mengantikan Osama, kerana pada aku New Born biasanya lebih agresif, kreatif, berani, panas baran, rajin dan macam macam lagi sifat yang jika digabungkan dapat melahirkan sesuatu hasil yang cukup untuk membuatkan akal tidak mahu membayangkannya.
Pastinya jika apa yang aku katakan itu menjadi kenyataan maka akan akan muncul la kejadian kejadi yang lebih buruk daripada apa yang terjadi pada 11 September, mungkin kejadian yang menimpa Indonesia boleh dijadikan sandaran dimana selepas kematian Nordin Mat Top kejadian pengeboman semakin bertambah…
Apakah ini sebenarnya bertujuan menghentikan keganasan atau hanya sekadar mencipta peluang baru untuk Yahudi dan sekutu sekutunya...