Khamis, 7 Jun 2012

CERITA SEORANG RAKAN

yang ini legend, jikalau korang x kenal siapa diatas sah lah korang memang tidak mengambil berat hal2 sejarah negara


Pagi ni aku bangun dari tidor agk awl, dan gua rase perdana menteri kita pon masih brlom terjaga lagi ni. Di pagi yg hening ini burung2 berkicauan dan sang suria baru sahaja menerangi kehidupan di muka buami ini, suasana agk bising di rumah sewa gua disebabkn jiran sebelah rumah masih lagi belom menyiapkn perkara2 renovate bahagian2 dalaman rumah yg masih dalam keadaan yg kemas bagi gua lah. Ini juga masalah bagi gua kerana sudah 1 minggu lebih keadaan rumah jiran masih lagi x siap, adakah ini disebabkan kontraktor kelas F yg masih mmpunyai masalah dengan tuan rumah yg tidak memberi sedikit wang untuk mempercepatkn kerja.
Seperti biasa keadan bangun pagi gua agk tidak terurus sejak gua berada dalam keadaan cuty dri kerja malam ni, yela apabila di malam hari gua memang segan untuk tdo walaupun keadaan dan suasana tempat kerja gua tidak segan2 menyuruh gua untuk tidur. Seperti orang2 awam yg masih memulakan kehidupan, gua masih lagi melayari scene2 melepak dengan rakan2 sambil melihat kehidupan masyarakat di sekeliling. Gua tinggal di Johor di daerah pasir gudang, tidak silap gua kota masai kot antara kota yang dirancang rapi. Ini lah ayat yang digunakan dari pemaju perumahan untuk menarik minat pembeli barang kali. Sebenarmye di sini gua masih lagi memerhatikan gelagat student2 dari kolej komuniti,piliteknik,ilp,puspatri agak banyak juga pusat pembelajaran  di area tmpat tinggal gua, dimana mereka masih lagi leka mengecapi kehidupan dengan aktiviti malam yg tidak ada kena mngena pon dgn kursus yang mereka ambil.

Seperti seorang warga perseKUTUan, dimana rakan2 pon di kalangan kutu2 yg amik serius tentang masalah masyarakat yang tidak sudah2 menyalahi antara satu sama lain. Gua di sini hanya untuk menulis  beberapa hasil pemerhati dari rakan2 yang mempunyai pengalaman. Seperti orang lain gua ade seorang rakan bernama Jeff Kolarov, ini adalh hasil nama samaran yang dibuat oleh para2 kutu yang berprolifik di daerah johor ini.
jeff kolarov adalah seorang rakan kami yg juga merangkap seorang kutu yang berprolifik di antara kami. 

Sedang dalam keadaan yang tenang semasa melepak, tiba2 jeff kolarov membuka cerita tentang bola sepak sempena EURO 2012 ni. Beliau tidak pula menceritakan pasukan yang beliau minati, tetapi beliau menceritakan tentang perihal skuad harimau malaya.

dalam perbualan yg keluar dari mulut jeff kolarov yg sedang rancak itu, gua masih lagi melihat jam sudah hampir 12 minit juga budak jeff kolarov ni berbincang tentang maslah skuad harimau malaya.

Dalam keadaan perbualan yang agak kencang itu gua hanya tertarik pada perbualan part di mana jeff kolarov ade mengatakan "kenapa skuad bola sepak negara kita tidak seperti jerman yang mempunyai hasil pembuatan automobil yang berkualiti berbanding kuantiti seperti volkswagen dan lain2."

Gua memang dah mengagak dah dan perbualan jeff kolarov ini bukan main2 tapi memang serius ni, sambil gua menghirup secawan kopi ais sedikit demi sedikit untuk merelexkn otak gua dri perbualan serius jeff kolarov.

Dan dengan tidak semena-mena jeff kolarov menghentak meja kerana perasaan yg berbau kehampaan yg terukir dari wajahnya, dengan nada yang pelahan beliau berkata "diharap pasukan harimau malaya akan memenagi perlawanan malam ini dengan skuad singapore."

Tiba2 salah seorang rakan kami dan rakan jeff kolarov bersuara dan berkata " ooo...patut la Malaysia dulu terhegeh-hegeh nk jadi rakan kerja bersama volkswagen."

Sekarang bru aku faham ape yg dibincangkan oleh jeff kolarov kepada para kutu2 dalam pejumpaan melepak 2 hari lepas. Dan ini salah satu masalah yang agak berat bagi kami kerana skuad harimau malaya masih lagi tidak ke piala dunia.

Untuk tahun2 akan datang gua masih yakin yang skuad harimau malaya mampu ke piala dunia walaupun keyakinan gua hanya seketika dan samada ketika itu gua ade lagi tau tidak melihat malaysia ke piala dunia...

selepas daripada perjumpaan itu, jeff kolarov sebagai pengkritk bola dikalangan kami pon pulang kerumah dengan menaiki basikal fixi yang baru dibeli 2 minggu lepas. Gua harap perjalanan jeff kolarov selamat sampai ke kediaman beliau.

Dalam perjalan pulang dari kedai melepak, gua masih lagi menggengam telefon bimbit untuk menunggu pesanan dari jeff kolarov yg biasanya dia akan mnghantar pesanan dkt gua dgn menyatakan permintaan seperti ni "hoi jack datang la taman gua jap rantai fixi gua putus ni, dan gua nk lu tlong gua jap ni..boleh x?..."

Tapi pada kali ini jeff kolarov tidak menghantar pesanan pd gua dan ini bermakna beliau selamat sampai ke destinasi beliau dengan menaiki sebuah basikal fixi yang masih standard dan tidak pula beliau hendaknye membuat agar lebih laju seperti remaja motosikal yg mempunyai jiwa kelajuan...

Setelah sampai ke rumah, keadaan rumah sewa gua masih lagi tenang dan gua agk berasa hairan juga, tidak mungkin budak2 rumah sewa gua dh tido. Dan pada biasanya mereka akan keluar untuk mencuba nasib mengorat makwe2 poli di sekitar tempat kediaman gua.

Sebelum tidur gua masih lagi berfikir, " Alangkah baiknye jika jeff kolarov menjadi pengulas sukan tanah melayu ni.."


 Jam 10 pagi ini gua bagun tidur dan ini adalah jam dimana gua start menulis sedikit ilmu....



Untuk jam, 12.30 pm ni eloklah jika gua berhenti menulis sebelum gua mencincaikan lagi hasil penulisan gua pada tengah hari jumaat yg mendung ni....


Ingat semua hari ini hari jumaat  jangan lupa tanggungjawab kita sesama muslim......


Hari: JUMAAT 08/06/2012
Jam: 12.30 pm
Tempat: halaman rumah yg gua sewa ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan