Selasa, 12 Jun 2012

KISAH TELADAN DALAM PENGENALAN


gambar sekadar perhiasan

KRING...KRING......tiba-tiba cell phone gua berbunyi, lalu gua terus mengangkat cell phone dan terus menjawab tanpa menghiraukan number yg tertera pada kaca cell phone.

'Hai awak, free tak. jom keluar temankan sy minum' dan gua dgn secara spontan menjawab' ni sape pulak ni nk ajak aku keluar ni, tak perna-pernah ade makwe call aku ni ajk keluar minum,......

' Ni saya la.. gadis yang berkaca mata di kedai buku haritu dah lupa ke"..gua pon menjawab tanpa disuruh "oooh...u ni kan  yang menegur saya semasa saya sedang rancak membelek-belek buku karya penulis tempatan kalau tak silap la"...

"So macammane, boleh tak temankan i keluar pergi minum..."gua tanpa memikirkan hal ehwal bola sepak EURO pon terus menjawab..."baiklah lagi 23 minit i sampai tempat u kerja ok..tapi kalau tak silap kedai buku aritu kan..."

Itulah dia salah seorang makwe baru yang mengenali diriku, walaupun ketika itu aku tidak mempunyai niat untuk mengenal mane-mane makwe inikan pula gua di paksa mengurat makwe.

Seperti gua ketahui makwe yang mengenali ku ini tidak lah secantik  Juliana Evans dalam filem KAMI tu.Cukuplah sekadar mempunyai wajah-wajah ketimuran bagi seorang makwe yang berbangsa melayu.Rupanya agak molek dek kerana kaca matanya yang agak simple tapi masih padat dengan kuasa-kuasa pada cermin yang disarung pada bingkai. Ini mungkin disebabkan gen keturunan beliau ataupun daripada akibat terlalu banyak sangat melihat drama pejabat serupa bangang di kaca-kaca tv siaran percuma mahupun yang berbayar pada tiap-tiap bulan.

Setelah memanaskan enjin sebuah kereta yang agak uzur dan diperbuat oleh otak-otak jepun, aku terus membuka pintu pada bahagian pemanduan," Biasalah kan,.. kereta pon dijual malaysia, Tak  mungkin pintu pemandu pada bahagian kiri pulakkan.."

Setelah memandu hampir 10 minit ke destinasi untuk menjemput seorang makwe yang mengenali diriku, aku masih sempat lagi menekan bahagian radio di dalam kereta yg masih memainkan lagu-lagu yang berkonsepkan kemalasan dan percintaan. Walaupun negara kita sudah melepasi pasca medeka hampir 50 tahun lebih hebat berbanding zaman Tok Janggut.Setelah agk bosan mendengar lagu-lagu di radio aku terus menarik keluar sebuah cd lagu dari dashboard. Ianya adalah sebuah band dari tanah air yang diberi nama Second Combat.Ianya berkonsepkan Straight Edge dan lagu yang dimainakn sangat lah bersemangat ketika didengar di mana-mana anda berada. Lagu2 seperti inilah harus di mainkan di radio-radio tempatan supaya umat manusia tidak mengantuk ketika memandu dan bermalas-malasan ketika duduk di rumah semasa cuti-cuti hujung minggu atau cuti umum kerajaan.

Setelah sampai ke kedai buku itu aku terus menuggu sehingga makwe itu selesai mengemas buku.Dan ini menandakan kedai yang beliau kerja sudah hampir ke penghujung rancangan seperti di drama-drama bersiri di kaca television.

Agak lama juga aku menuggu untuk beliau mengemas...Setelah sudah hampir 9 minit menunggu, gua dgn hati yang tenang terus menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan sekotak rokok yang berjenama Marlboro. Setelah menyelak bahagian kotak, aku terus mngeluarkan sebatang dari tempat asalnya. Lalu ku lekatkan sebatang itu pada bibir-bibir ku yg agk kering itu dan terus membakar tanpa menghiraukan masyarakat yang masih cemburu memandang gejala tidak sihat pada diriku. Asap masih berkepul-kepul keluar dari mulutku walaupun keadaan sekeling masih lagi tenang tanpa ada orang awam yang cuba-cuba bermain kasar dengan gua dengan menelefon pihak berkuasa atas melakukan perkara-perkara pencemaran udara.

Setelah hampir 11 minit menghisap herba, makwe yang mengenali diriku terus menuju ke arah tempat aku parking kerata tanpa aku mnyedarinya.Dan lalu beliau terus melemparkan senyuman yang manis walaupun tidak semanis rancangan Manisnya Kurma Ini. Lalu aku hanya terpaku dan tidak mampu untuk untuk berbuat apa-apa. Semasa di dalam kereta aku yang agak usang itu,kami hanya memandu dan cuma berbual kosong seperti mengeluarkan sardine di dalam tin gamaknya perbualan kami.

Lalu tanpa gua memandang sekeliling,tiba-tiba aku yang sedang memandu masih tidak dapat duduk dengan selesa dan dengan niat yang baik aku terus menggaru kepala yang tidak gatal tanpa menghiraukan makwe di sebelahku. Tanpa memikir panjang lalu aku terus bertanya kepada makwe itu “ Rumah u kat mana? I hantar u pulang je la ok”…Tanpa berfikir panjang makwe terus menjawab dengan nada yang agak kecewa “ baiklah lagipun sudah lewat malam kan.”

Setelah sampai ke rumah makwe yang aku hantar itu, beliau bertanyakan kepada aku “kenapa tak keluar minum dulu sebelum hantar I pulang?”…Dengan nada yang agak normal bagi seorang rokes gua terus menjawab Kan aku dah pesan nak keluar pakai lah tudung tu, Nampak la sopan sedikit!!!! Faham ke  tidak!!!!”

Setelah daripada kejadian pada malam itu aku terus berpisah dengan makwe itu dengan penuh beradat dan nasihat yang baik untuk pandangan masyarakat di sekeliling.

Jadi gua harap pada masa-masa yang mencemburui diri ku ini dapat lah gua mengenali makwe yang sopan sedikit supaya gua mudah untuk berbicara perihal-perihal masyarakat sekeliling.


“ Ingat semua drama pejabat serupa bangang telah banyak dimainkan di kaca-kaca tv walaupun negara kita sudah hampir kearah kemajuan yang masih samar-samar…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan