Jumaat, 4 Mac 2011

toing2

assalamualaikum.

melihat dari situasi sekarang. yang berada dalm blog ni yang asyik dok bertingkah pasal apa 'boikot', 'tegur-menegur', 'tshirt','independent band','groupies', 'poser' dan sebagainya. aku terpanggil untuk memberi kata dua.

aku nk beri komen berkaitan 'scene music malaysia' secara overall.

korunk kena tau dan lihat dengan mata hati bahawa scene music malaysia berpecah kepada tiga bahagian.

1. Mainstream
2. Independent (dulu dikenali industrial)
3 Underground.

Kenapa begini?? biar aku explain.

Mainstream - secara amnya artis yang boleh diberi contoh ialah Ella, Mawi, M Nasir, Exist dan sebagainya yang berkaitan. Mana-mana artis malaysia yang bernaung dalam 'record label'(syarikat rakaman) yang 'besar' seperti EMI, SonyBMG, SuriaRecords adalh tergolong dalam mainstream. Tambahan itu, kualiti recording lagu untuk mainstream adalh 200% terbaik kerana diconduct oleh engineer sound professional. Segala jualan album di uruskan 'record label' 100%!
Artis hanya datang buat persembahan, record lagu dan ikut arahan 'company label'. Jika artis langgar term seperti menjual album secara 'solo/jual sendiri', artis akn dikenakan tindakan undang2 mengikut perjanjian. Segala promotion juga di lakukan oleh 'record label'. Artis hanya terima royalti album serta pecahan duit dari konsert yang disertai. itulah mainstream. Dan musik mainstream ketika ini?? Itulah yang mewakili ikon malaysia sekarang.
p/s: siti nurhaliza dikatakan sebagai 'up' sedikit dari mainstream. kerana dia ada record label sendiri. dalam malaysia cuma ada beberapa seperti dia iaitu KRU. maka, tidak boleh diletakkan 'tapak' siti dan kru dalam mainstream walaupun populariti mereka dalam mainstraem.

Independent/Industrial - Artis yang boleh diberi contoh ialah Hujan, MeetUncleHussein, Missing Chapter, Revenge, Sevencollartshirt, Bau, Nitrus dan sebagainya. Independent artis BERGERAK SENDIRI/SOLO dalam penjualan album, promosi dan sebagainya. Kalau nk kontek mereka nk buat perform, kita on direct kepada artis. Tanpa perlu orang tengah/record label seperti artis mainstream. Kualiti lagu dalam independent adalh 100% kerana artis sendiri yang men'setting' sound mereka mengikut citarasa sendiri. mungkin ada sedikit bantuan dari engineer sound, tetapi sedikit saja. Mari kita ambil contoh HUJAN: mereka bergerak sendiri dalam mempromosikan band mereka keseluruh malaysia. Tak dinafikan mereka ada PR, manager. Itu bukan menunjukkan mereka mainstream kalau mereka ada PR atau manager. Sebabnya mudah, 'manager yang ikut cakap artis'. Kalau mainstream, artis ikut cakap manager! Malah, kita dapat lihat dalam show HUJAN, mudah sahaja untuk audiens bergaul rapat dengan HUJAN tanpa di kawal oleh mana2 bodyguard, Hujan sendiri yang datang kepada audiens. Nk dekat dengan MAWI kt show? Sorilah.. Kena beratur panjang.. Sinonimnya, HUJAN , meetunclehussein, bittersweet dan mana2 artis independent yang lagunya kluar radio adalah "ARTIS YANG BERTAPAK DI INDEPENDENT TETAPI MEMPUNYAI POPULARITI,PEMINAT DALAM KANCAH MAINSTREAM". Ingat itu. Independent bermakna artis tidak bernaung dalam record label besar. Mereka memutuskan acuan musik mengikut citarasa sendiri. Butterfingers ketika awal penubuhan adalh independent, tetapi bertukar mainstream setelah menyertai EMI, kini 'kembali semula ke arah independent setelah keluar dari EMI' So, ada apa lagi nk tanya pasal independent? ha lupa, independent band/artis ni semuanya keluar modal sendiri nak buat album. Bukan syarikat rakaman yg tanggung tau..
p/s: Independent ni pun terbahagi kepada dua part.
1. Yang berduit/ada modal besar - seperti HUJAN,meetunclehussein,estranged, komplot
2. Yang kurang berduit/kurang modal besar - seperti... er.. anda fikir sendiri je lah. mana2 band/artis yang kurang bergerak buat show.

Underground - Contoh artis yang dalam arena ini ialah Bleeding mascara, kias fansuri, halal hadhari, carburetor dung, cholyra, the suspect aka, roots n boots dan sebagainya. mengapa dikategorikan dalam UG? kerana kualiti album,lagu dalam band ni hanya menjangkaui 80% sahaja. (ni aku tanya sound engineering yamaha tau), maafla kalau wat terasa hati. lagu2 diproducekan untuk kepuasan sendiri dan sekelompok peminat sahaja. Lihat la genre yang mereka perjuangkan, berapa ramai org kt malaysia ni dengar metal, skramz, ambiet, experimental, oi dan sebagainya. tetapi kalau mainstream dan independent, musik mereka boleh diterima ramai org. (kesimpulannya, maintream dan independent artis LEBIH RAMAI peminat dari UNDERGROUND artis: REALITI!). Mungkin ada antara band UG pernah perform kt luar negara, tetapi itu adalah batu loncatan untuk mereka menyertai kancah independent kerana selagi mereka tidak meningkatkan kualiti lagu/album mereka (takdelah bunyi pecah, buzzing, timing yg cantik, arrengemet yang tight dan menepati ciri kualiti terbaik) barulah artis ni boleh diangkt ke independent. Yang menariknya ttg UG ialah cara mereka mempromo, jual album mereka adalh sama seperti independent artist. Bergerak secara sendiri/solo. Yang membezakan(perbezaan ketara) antara UG dan Independent ialah kualiti(lagu dan album), peminat(ramai ke tak?), kekerapan perform(jenis gig), kondusi peminat(moshing teruk ke tak?) dan gaya persembahan mereka. UG artis.. hmm. mestilah kita kurang dengar nama2 band mereka kan kluar kt radio? memanglah... pernah dengar IROTORI?, Cassandra?, Cannaris?, MonacoHeartAttack?, At Least I Speak?, DEWATA?, AfterPhysics? dan macam2 lagi lah.. - 'radio tu objek promosi ja, tolong jangan anggap bila lagu band tu kluar radio, terus label band tu mainstream. Tolonglah!'

Fuh cukuplah aku terangkan pasal scene music malaysia. harap korunk dapat 'tangkap' apa yang aku sampaikan.

chalobetey!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan