Khamis, 1 Mac 2012

MELAYU DAN ILMU


 

Mengikut cerita orang tua-tua, orang melayu ini adalah orang yang kuat bekerja pada zaman dahulu. Namun begitu ada juga cerita orang tua-tua yang mengatakan orang melayu ni adalah bapak la segala pemalasnya. Sebagai pemuda yang pemalas dan kadang-kadang rajin sikit, gua tanpa ragu-ragu bersetuju dengan kedua-dua buah fikiran tersebut.

Mendengar cerita orang tua-tua berkenaan hal malas dan rajin ini telah menimbulkan satu kerja kuat di dalam fikiran gua sehingga menghasilkan satu teori. Jadi mengikut teori gua beberapa hari lepas, orang yang kuat bekerja pada zaman dahulu adalah orang yang tidak mempunyai ilmu. Manakala orang yang berilmu telah menjadi orang yang malas dan banyak berehat di rumah makan pisang atau menguji silat dengan orang kampung seberang.

Itulah pentingnya orang zaman dulu mempunyai ilmu membela hantu raya. Dengan adanya hantu raya kerja-kerja membuka tanah, berkebun, menanam pisang, bertukang membuat rumah, menebas, menanam padi dan menarik ubi hanya di jari telunjuk.

Di era moderen ini, orang-orangnya yang berilmu mahupun tidak berilmu terhimpit dengan pelbagai kerja. Ini kerana mereka terlalu menumpukan kepada ilmu dari barat. Ilmu dari barat ini tidak menjanjikan kesenangan yang total. Kita ditipu senang-senang oleh ilmu orang barat.

Pada hari ini jikalau orang-orang melayu masih mengekalkan ilmu membela hantu raya, kita semua senang dan kerja-kerja mentadbir Facebook boleh dijalankan oleh hantu raya semasa kita tidur dan keluar dengan awex2.....hahahahahahaha....
 
 
copy from hilang punca blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan