Isnin, 31 Disember 2012

2013 HANYA SEBUAH TAHUN



Ya kita di tahun 2013.

Kita masih lagi di mejalani attitude kehidupan di tahun 2012.
Yang mana masih berkerja teruskan bekerja.
Yang mana masih belajar teruskan menyambung pelajaran.
Yang mane nak berkahwin teruskan mengumpul duit dengan secukupnya.
Yang mane tengah bercinta teruskan mengekalkan hubungan.
Yang mane makan nasik ketika lapar masih lagi mencari nasik untuk dimakan.
Begitula hari-hari mendatang untuk setiap orang.



Tiada apa yang berbeza melainkan kehidupan teruk di kawal oleh system-sistem kapitalis.
Tiada apa yang mudah melainkan kita berusaha hingga gigih.
Tiada apa yang mustahil jika kita mampu berfikir di luar pemikiran orang lain.
Tiada apa yang susah jika kita yang menyusahkan diri kita.
Tiada apa yang berubah jika kita tidak mangubah diri kita ke 1 tahap yang memberangsangkan.



Seperti itulah juga sebuah mesin jika ia rosak ia dibaiki oleh manusia.
Jika ia tidak boleh dibaiki mungkin ia akan di jadikan besi buruk untuk di jual.
Kita masih beruntung kerana kita bukan sebuah mesin yang ditekan-tekan untuk beroperasi.
Walaupon kita bukan sebuah mesin tapi minda kita sudah beroperasi seperti mesin-mesin.
Kita sebenarnya sebuah robot tapi cuma kita sudah berovolusi.



Kehidupan di tahun 2012 masih lagi kita teruskan yang berubah hanyalah tahun yang lain tiada apa yang berbeza. Harapan gua untuk tahun 2013 tidaklah tinggi seperti datok2 yang selalu berperangai kebudak-budakkan di parlimen. Taktala hanya bercakap-cakap sahaja.



Gua masih lagi tidak memakai smartphone dan terus menggukan telefon yang hanya mampu dibuat panggilan masuk dan keluar serta beberapa keping SMS kepada rakan-rakan. Taktala ketika 98% member2 gua sudah berivolusi menggunakan talifon pintar jika hendak ke mana-mana. Masing hanya sibuk menggunakan facebook, twitter dan pelbagai applikasi dalam telefon pintar. Ia telefon juga sudah mencapai tahap revolusinya dan akan datang kita juga akan berevolusi dari segi pemikiran.



Gua masih lagi tidak mempunyai makwe taktala member-member gua semua berada situasi kehidupan dikawal erat alam percintaan. Percintaan itu tidak mengarut yang mengarut hanyalah diri kita yang tidak menghargainya. Ada juga yang sudah melepasi alam perkahwinan, ade juga yang sudah melepasi alam percintaan dan ade juga sudah merancang untuk pergi lebih jauh. Itulah serba sedikit tentang kehidupan dalam percintaan. Dimana kita Cuma merancang yang maha esa akan menentukan.



Untuk tahun 2013 ni harapan gua tak la tinggi mane, Cuma sedikit art dalam kehidupan.
Gua berharapan dapat mengekalkan tahap keremajaan rambut sehingga paras bahu.
Gua berharapan sultan bolo dah boleh berundur la untuk memajukan bola sepak.
Gua berharapan Liverpool di ambang peningkatan.
Gua berharapan perasaan dingin gua terhadap team Man Utd masih diteruskan.
Gua berharapan mempunyai makwe yang memahami jika gua berambut panjang.
Gua berharapan untuk meneruskan legasi penulisan blogger.
Gua berharapan agar Malaysia lebih bersih dari segala aspek.

Gua amat bersyukur sangat kerana gua telah melepasi kegidupan 1990 hinggalah sekarang. Inilah yang dinamakan rezeki....



Kita semua mesti ingat bahawasanya tiada apa yang berubah hanya kalendar saja yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan