Khamis, 27 Disember 2012

SISTEM ITU UNTUK.......



Di pagi yang boring itu, aku cuba menghilang perasaan boring pagi dengan berpusing di sekitar plant dan juga menghisap rokok di celah2 pelan yang sempit. Walaupon ianya satu kesalahan, ia juga salah satu bende untuk menghilangkan boring.
Di dalam dilema boring itu, aku cuba bermain telefon cellular dengan menghantar pesanan kepada rakanku di bahagian lain.

“ko buat pe, dah tak reti nak lepak atas ke?”

“aku ondeway ni” pesanan di balas rakan

Setibanya di atas, member aku telah sound awal-awal walupon langkahnya lagi 5 meter hendak sampai ke arahku.

“woi petang ni ade latihan keselamatan& kecemasan ko jangan lambat pulak” nanti bising pulak si safety officer tu.”

“yela-yela” jawab aku acuh tak acuh


##########

Setibanya  waktu petang, alarm dari merata tempat berbunyi dengan perlahan dan ada juga dari mereka yang tidak mendengar disebabkan alarm tak keluar lagu Metallica mahupon lagi siti. Engineer2 dan pekerja-pekerja dari pelbagai department tersipu-sipu berlari  anak ke tempat berkumpul. Aku masih lagi berjalan dengan perlahan walaupon tanah air melihat dengan cemburu.

“woi2 ko yang berambut panjang tu sini” panggil salah seorang budak sefety ni

“pehal lambat ko ni berjalan dah macam pe la...” sound budak tu kat aku

Aku tenang je menjawab 
 “ni panggil-panggil ni ade mende. Aku nak makan nasik pon tak senang la”


Tiba-tiba datang salah seorang dari mereka ke arahku lalu cuba bermain kasar “ ko ni dah la rambut panjang macam tak de mase depan , datang pulak lambat lepas tu nak berdalih2 pulak.

Aku jawab dengan tenang sebagai tanda aku menghormati beliau walaupon masyarakat melihat dengan cemburu tindakan steady aku.

“sebenarye kita ni hidup, bukan untuk mendiskriminasikan bidang pekerjaan dan juga hal ehwah penampilan rambut. Kalau rambut panjang tak boleh kerja ke? Abistu kenapa kt negara2 luar depa tak kesah pon rambut panjang kalau berkerjaya.” Yang penting sebenarnye hati dan perasaan jeee....”
“ape guna klau perwatakkan smart lepas tu tak pandai buat keje dan tak minat”

Dengan nada yang tidak puas hati terhadap aku, sekali lagi die bermain kasar 

“dah tu kenapa ko lambat?”...........


Aku jawap dengan penuh steady dan ayat tesusun 

“ sebenarnye ni bukan masalah lambat, ni sebenarnye MASALAH SISTEM YANG TERABUR. Kalau kita letak barang berterabor agak2 lambat ke cepat nk jumpe barang tu?.  “same la macam sistem yang kita guna pakai".

Beliau hanya senyap dan beredar setelah aku abis berbahas.

Nampaknya keadaan menjadi seperti sediakala, hanya sistem sahaja yang mengubah keadaan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan